Taubat Tak Mahu Buat Lagi!

  • 0
Assalamualaikum.

1. Manusia tak lari daripada membuat kesilapan sebab tiada manusia yang sempurna. Walaupun begitu, realiti kehidupan tersebut membolehkan kita untuk terus memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

2. Jadi, setiap kali kita teringatkan perbuatan-perbuatan yang tak senonoh mahupun so stupid that it makes you feel ashamed, gunakan rasa malu tersebut untuk cegah diri daripada keep doing the same mistakes.

3. Dalam mencegah daripada melakukan kesilapan yang serupa, semestinya kita perlu jauhkan diri daripada memulakan the very same template to failure dak?

4. Melakukan kesilapan itu memang lumrah kehidupan. Pengalaman tersebut menjadikan diri kita lebih bijaksana.

5. Nah, peribahasa Melayu yang ada berkait dengan serik!
  • Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu, tiga kali jalan jera (maksud lain bagi serik, takmau buat lagi)
  • Takkan pisang berbuah dua kali
  • Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat
  • Kelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran

Hikmah-Hikmah Didatangkan Ujian Dalam Kehidupan

  • 0
Assalamualaikum.

1. Khutbah Jumaat hari ini di Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak disampaikan oleh Syeikh Nuruddin al Banjari al Makki. Beliau selalu dijemput untuk berceramah di masjid ini sehinggakan aku yang dari luar masjid lagi sudah mengenali loghatnya yang menampakkannya dari negara seberang.

2.  Khutbah hari ini menyentuh sedikit sebanyak tentang mengambil hikmah di sebalik tragedi terhempasnya kapal terbang MH17. Tragedi ini merupakan salah satu bentuk ujian yang Allah turunkan untuk hamba-hambaNya bermuhasabah diri.

3. Antara perkara-perkara yang kita boleh muhasabah ketika sesuatu peristiwa berlaku ke atas kita adalah seperti berikut:

4. HIKMAH - Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sengaja. Sekiranya perkara buruk menimpa ke atas kita, hal ini bermakna Allah mahu kita mengambil hikmah ke atas perbuatan-perbuatan kita yang mendorong kepada terjadinya peristiwa itu. 

5. Hikmah-hikmah ini boleh kita tanyakan soalan "What If?" kepada diri sendiri. Barangkali jika tidak berlaku perkara ini, kita akan terus lalai dengan maksiat yang sering kita lakukan tidak kiralah dari pandangan individu, keluarga, masyarakat, pemimpin negara dan negara itu sendiri.

6. TEGURAN - Manusia tidak lari daripada crossing the line. Allah sudah menetapkan garis panduan yang manusia perlu ikut agar tidak terpesong jauh daripada apa yang dibawakan oleh Nabi Muhammad. Walaupun begitu, manusia tidak lari dari lalai dan lupa akan sempadan tersebut.

8. Allah menegur dalam pelbagai bentuk. Salah satunya adalah dengan mendatangkan ujian dalam kehidupan kita. Ujian-ujian ini datang dalam bentuk nikmat ataupun sebaliknya.

9. Dalam menerima ujian nikmat, Allah mahu lihat hambaNya bertambah imannya dan memperbanyakkan ibadah dan bersyukur manakala apabila diuji dengan musibah, Allah menjangkakan hambaNya untuk turut memperbanyakkan ibadah dan taubat.

10. BERSIH - Manusia yang sudah dibasuh dengan sepak terajang ujian dan berjaya menghadapinya dengan baik mengalami penyucian jiwa dan bertambah lebih baik dan mudah untuk beringat-ingat akan setiap tindak tanduknya.

11. Manusia-manusia yang menghadapi dengan mengeluh dengan ujian yang ditimpakan lebih cenderung untuk dilihat sebagai gagal menanganinya.

12. Intipati khutbah yang disampaikan sangat mudah difahami walaupun terdapat sedikit perbezaan bahasa dalam penyampaian. 

13. Dalam khutbah kedua, khatib mengajak jemaah untuk menunaikan solat jenazah ghaib dengan menceritakan kebaikan solat ghaib dan secara ringkas menerangkan cara untuk melakukan solat ghaib.

14. Aku cukup senang dengan ajakannya kerana dalam mengajak orang kepada kebaikan, lebih mudah untuk seseorang mengetahui apakah ganjaran yang bakal diterimanya dan bagaimana untuk melakukannya.

15. Hari ini cukup istimewa dan aku doakan anda semua merasai keistimewaan tersebut.