Makan Bersama-Sama

  • 0
Assalamualaikum.

Minggu lepas, lebihan baki duit kiriman Ayah aku gunakan untuk membeli sarapan nasi lemak untuk kami sekeluarga. Aku letakkan plastik mengandungi makanan tersebut di atas meja, kemudian membuka satu bungkusan untuk dimakan. Baru sahaja hendak menyuap nasi ke dalam mulut, Ummi menegur, "Panggilah semua makan sama-sama. Bila lagi dapat peluang macam ni?" Aku diam dan panggil ahli-ahli keluarga yang lain untuk turut serta bersama. 

Dalam menjamah makanan yang berada di depan mata, fikiran aku melayang kepada dua perisitwa. Satu; ajakan untuk makan (budaya) dan dua; kisah keluarga aku dalam makan bersama-sama.


Cerita Pertama: Ajak Makan Bersama-sama

Aku tak tau bagaimana dengan budaya masyarakat kaum lain tetapi kawan-kawan sekaum dengan aku ini rata-rata mengamalkan budaya mengajak dan meminta restu. Ayat yang biasa digunakan ialah "Makan dulu ye?" Takpun, "Jom makan." Aku berasa hairan setiap kali seseorang mengajak aku untuk makan bersama-sama tetapi dia seorang sahaja yang makan tanpa tengok orang kiri kanan. What’s the point of inviting someone when you don’t mean it in the first place? Pernah sekali, salah seorang kawan aku cakap "Mari makan meh." kemudian, aku ambil satu dagingnya dan menyuap ke dalam mulutku sambil bercakap terima kasih. Dia menjengilkan matanya dan tergelak. 


Cerita Kedua: Makan Malam Bersama Keluarga

Rutin harian kami sekeluarga setiap malam ialah duduk semeja dan makan malam bersama. Memandangkan kami selalu bersama, aku kadang-kadang lupa yang aktiviti ini merupakan satu bentuk rezeki dari Allah. Ada harinya aku mengabaikan makan malamku kerana tertidur dan ada kalanya malas untuk makan. Namun, aku tahu yang perbuatan tersebut boleh membuatkan Ummi berasa kecil hati. Penat penat masak, kemudian taknak makan pula. Tak sedap ke masakannya sampaikan aku tak lalu makan? Knowing me, Ummi tau aku tak fikir macam tu tetapi manalah tau kan, ada hari kita terlepas pandang dalam menjaga perasaan hati orang tersayang.

Dalam makan bersama-sama, kami selalunya menunggu ahli-ahli keluarga yang lain. Selalunya Ayah yang pulang lewat dari kerja. Bila Ayah ada, kemudian barulah kami makan. Rasanya Ayahlah mesti rasa gembira kerana selepas seharian bekerja, semua ahli keluarganya ada di rumah, menunggunya untuk makan bersama.

Ada kawan aku yang sudah lama tidak makan semeja dengan keluarga walaupun ahli-ahli keluarga mereka tinggal bersama serumah. Well, that’s a note to be pondered.

Selepas melewati dua kisah ini, aku sedar yang ajakan untuk makan bersama-sama dan makan semeja itu bersama orang tersayang merupakan nikmat yang patut aku syukuri supaya bila sampai waktunya, kami akan rindu dengan aktiviti ini meskipun nanti, ahli keluarga kami tidak cukup korum (atas sebab kematian ataupun masing-masing sudah berpindah ke rumah lain).

Erghh, for the time being, I better appreciate this moment and be grateful about it!  

No comments:

Post a Comment