Assalamualaikum.
Alhamdulillah, aku dan adik aku diberi peluang oleh Allah untuk menjalankan ibadah umrah 11 Jun - 23 Jun 2016. Hari ini merupakan hari pertama berada di Madinah. Dijangkakan akan tinggal di sini lagi 2 hari penuh sebelum bertolak ke Mekah selama 9 hari pada hari Jumaat.
Setakat ini, banyak peristiwa yang aku alami dan saksikan depan mata. Antaranya ialah berpuasa selama 19 jam semalam, ditipu untuk membeli simkad khas untuk internet berharga 100 riyal dan budaya Arab yang rancak beribadat ketika bulan Ramadhan.
Arabs ni selagi boleh baca Quran di masjid berjam-jam lamanya bila mana tak solat fardhu / sunat. Bila tak baca Quran, berzikir. Bila tak berzikir, meneruskan iktikaf di masjid dengan tidur. Lantai ada, atas karpet gulung ada. Memang keras diorang. Aci redah.
Aku yang orangnya bukanlah seperti mereka yang rajin beribadat, buat mana yang boleh. Kemudian aku balik hotel, rehat. Kemudian datanglah ke masjid Nabawi untuk mengusahakan ganjaran 1000 kali solat selain mengimarah Ramadhan dan melawat Rasulullah.
Ketika aku menaip entri ini, aku belum lagi masuk ke kawasan Raudhah, antara tempat-tempat mustajab doa. Aku dan Ayai bercadang akan ke Raudhah sekitar pukul 1 pagi di sini (3 jam sebelum masuk Subuh). Sementara menunggu waktu tersebut, aku mahu menyenaraikan doa-doa untuk kebaikan diri aku, ibu bapa dan keluarga, selain doa-doa yang dikirimkan kepada aku untuk umrah kali ini dalam kepala.
Di Raudhah, kita kebarangkalian untuk berdoa lama lama adalah tipis. Jadi, aku doa ketika sujud terakhir. Pak guard pun tak berani sentuh orang yang sujud lama.
Doakan kami diberikan peluang untuk berada di Raudhah, taman syurga di dunia.
Terima kasih!