Jatuh Bangun Seorang Pelajar

  • 2
[Gambar: Bengangnya!]


Selepas keputusan peperiksaan semester Jun 2010-Disember 2010 keluar pukul 9 pagi tadi, ramai kenalan yang gembira, sebab dapat keputusan bagus, dan ada juga yang sebaliknya.
Bagi kenalan yang berasa hampa akan keputusan yang diperolehi hari ini, bersabarlah eh?

Kadang-kadang kita merasai kepahitan kegagalan sebelum menikmati kemanisan kejayaan. It's okay untuk bersedih, tetapi janganlah kesedihan tu melunturkan semangat untuk mengecapi kejayaan.

"Aziz, kau dapat berapa?"

"Result aku boleh tahanlah, kau?"


"2.42, terukkan?"

"Lek ah, aku pun pernah rasa jugak 2 pointer ni. Aku pernah tengok kawan aku dulu 2.8 jadi 3.6 pointer. Okay jeh, lek ah, baru semester satu,"


Masuk semester baru, kita akan mula dari awal balik. Semua orang bermula daripada 0%. Pada masa itulah, kita berusaha tingkatkan pemahaman kita dalam pelajaran. Biar kita merangkak-rangkak pada awalnya, asalkan kita berterusan memperbaiki diri.


[Gambar: Belajar kena enjoy, jangan stres]


Selain itu, sangatlah susah untuk mencapai sesuatu yang kita tidak pernah terlintas dalam fikiran, jadi berani untuk mengimpikan sesuatu yang besar! Bayangkan kehidupan korang selepas mencapai kejayaan tersebut.

Ada yang inginkan sanjungan tinggi terhadapnya, ada yang mahukan harta yang banyak dan ada juga yang mahukan kehidupan yang sederhana sahaja. Angan-angan berbeza mengikut orang. kan manusia rambut sama hitam, hati lain-lain.


Kekalkan visualization tu dalam minda korang. Tulislah "Semester ini, aku akan dapat 4 flat" besar-besar kat dalam bilik korang. Jangan pulak tulis, "Aku akan dapat 4 flat," semata-mata. Perkataan 'akan' tu sendiri menunjukkan jangka masa yang tidak diketahui. Entah bila kita akan dapat 4 flat kan? Kadang-kadang, apa yang kita duduk berangan takkan jadi kenyataan. Dengan izin Allah, berkat usaha, doa dan tawakal, apa yang kita impikan menjadi realiti.


[Gambar: Angan-angan mengingatkan kita tentang tujuan kita bertungkus-lumus berjuang]

Yang paling penting, jaga hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia. Kalau teruk hubungan kita denganNya, gelap kehidupan seseorang tu. Belajar tak masuk, makan tak lalu, kehidupan rasa kosong sangat-sangat. Rasa takde pengisian. Kalau buruk hubungan dengan manusia, kita dicaci maki, difitnah lah, senang cerita kita dibenci orang lah. Kalau dua-dua hubungan ini tidak dijaga, kehidupan seharian confirm serabut.


[Gambar: Rasa nak melenting je bila semua benda yang kita buat tak kena!]

* * * * * * * * * *

Buat yang dah berjaya, tahniah :) Ingat, jangan mudah rasa selesa dan berpuas hati dengan kejayaan hari ni, kerana mungkin esok anda merasai kegagalan. Perjuangan dalam mencipta kejayaan ibarat mendaki gunung yang curam, bila seseorang itu berjaya sampai ke puncaknya, itulah kejayaan baginya. Namun begitu, untuk seseorang kekal berada di situ adalah sangat sukar kerana mudah sahaja baginya untuk tergelincir dari terus berada di atas puncak.


[Gambar: *Semoga dia berjaya untuk turun semula selepas selesai mendaki*]


Jadi, jangan mudah takbur dan ujub. Ujub maksudnya merasakan diri lebih baik dan merendah-rendahkan orang lain.


[Gambar: Hidung tinggi ]


*Sekadar mengingatkan diri untuk terus memperbaiki diri yang penuh kelemahan*

P/S: Siapa yang berusaha, dia akan berjaya. Tata! Salam :)

2 comments:

  1. papehal congrats oh aziz!
    main hotel 626 lagi, jom peter? haha;D

    ReplyDelete
  2. haha. aku sanggup tukar jam kat pc aku ni pukul 10 malam semata-mata nak main hotel 626 time pagi. Aku tamau suluh hantu sekarang, tinkerbell. hahaha.

    ReplyDelete