Bersyukur

  • 0
Assalamualaikum.

Sudah 2 minggu aku menikmati cuti semester ni, alhamdulillah. Tinggal lagi sebulan peluang untuk menikmati waktu senggang sebelum kembali semula ke Perak. Dalam cuti ni jugak, aku belajar untuk muhasabah diri balik sebelum berentap semula di menara gading. Pelbagai kebaikan yang diperolehi oleh aku apabila semak semula kelakuan kita. I never thought that before. Aku fikirkan selama ni kalau kita semak kebaikan kita, kita akan rasa happy dengan apa yang kita buat. I was wrong.

Apa-apapun, salah satu pengajaran yang aku dapat hari ini ialah nikmat bersyukur.

Syukur ni berdasarkan pemahaman aku ialah menerima sesuatu yang datang dalam hidup kita dengan hati terbuka dan tidak mengeluh. Perasaan syukur ni sangat dituntut oleh Islam. Allah berfirman yang bermaksud: 

“Jika kamu bersyukur terhadap nikmatku, nescaya Aku tambahkan lagi, sekiranya kamu kufur (ingkar), sesungguhnya azabKu adalah sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Mudah je kan? Kita cuma perlu berasa terima kasih yang ikhlas kepada Dia untuk dapat bonus. If kita berbuat sebaliknya, kita tidak sama sekali merasakan puas dengan apa yang kita ada dan berasa tidak cukup sepanjang masa. Tak ke namanya menyeksa diri?


Apa-apapun, aku bersyukur kepada ibu bapa aku kerana mendidik aku untuk belajar bersyukur. Aku hairan kenapa mereka tidak menunaikan sahaja semua permintaan aku untuk memberi barang-barang mainan sewaktu aku kecil. Memang agak pricey, tetapi itu semua untuk buatkan anak mereka bahagia bukan? 

I was foolish back then. Aku belajar dari semasa ke semasa tentang hikmah di sebalik tindakan mereka. Aku belajar untuk mengukur baju di badan sendiri, tidak merungut sekiranya permintaan ditolak dan sentiasa merasakan cukup dengan barang yang sedia ada. Ummi selalu pesan, ada orang lagi susah daripada kita. Apa yang dia cuba sampaikan ialah ada orang yang tak merasa sebagaimana yang kita rasa. 

Dengan itu, what we have learned today from this entry? Bersyukur dengan apa yang kita ada!

Assalamualaikum.

Gambar: Google Images

No comments:

Post a Comment