Cara untuk Resume Muat Turun Mediafire di IDM (Firefox)

  • 0
Assalamualaikum.
Mediafire merupakan salah satu laman sesawang yang membangun pesat di Internet. Mediafire ini laman sesawang perkongsian fail yang menawarkan  muat turun dan muat naik, penyimpanan dan resuming tanpa had, tiada masa menunggu dan percuma. 

Mediafire merupakan pilihan pertama aku dalam memuat turun apa sahaja. Kalau nak dibandingkan dengan Filesonic, Megaupload, Fileserve, Indowebster dan Wupload, laman-laman tersebut memerlukan anda mempunyai akaun premium untuk menjadikan muat turun laju. Memang tak seronok lah kan. Dah lah lembab, kena tunggu lagi, memang tak lah kan.

Anyway, mari kita teruskan dengan tutorial resume ni.

Permasalahan

Kadang-kadang, dalam proses memuat turun, tiba-tiba speed dia jatuh kepada 0 KBps. Yang bengangnya, apabila sudah jadi macam tu, speednya tak recover dan Info Details (Connection) di IDM menunjukkan 'Send Get' tidak mendapat respon.

Ketika percubaan untuk pausekannya, status muat turun menjadi 'Connecting..'. IDM kemudiannya akan memberi notifikasi bahawa fail tidak dapat dimuat turun kerana sesion expired.

Kalau tunggu lebih lama, muncul pula Stop Waiting dan IDM akan membuka halaman 'Click here to start download'. Kebiasaannya, terdapat pop-up yang menanyakan tentang mahu redirect semula ke laman sesawang muat turun sebelum ini dengan pilihan yes atau no. Kalau kita memilih untuk meneruskan muat turun dengan menekan yes, tiga jenis keadaan boleh terjadi selepas itu.

1. fail muat turun menjadi .html
2. redirect kepada halaman yang sama tetapi tidak meneruskan proses muat turun.
3. 'Is this your new download address?'

Ketiga-tiga keadaan tersebut masing-masing tidak mampu untuk meresume semula muat turun tersebut. Jadi, bagaimana jalan penyelesaiannya?


Penyelesaian

Bagi pengguna Firefox, anda boleh ikut langkah-langkah berikut.

1. Klik Tools >Options >Privacy pada browser anda.
2. Klik remove individual cookies.


3. Taip 'mediafire' dalam kotak carian sebelah Search. Tidak perlu masukkan quotes ( ' )
4. Cari perkataan 'ukey' dalam kolum Cookie Name
5. Klik padanya lalu tekan Remove cookie

Selesai melakukan langkah-langkah tersebut, anda boleh meneruskan muat turun yang tergantung sebentar tadi.

Semoga beroleh manfaat.

Assalamualaikum.

Diolah semula dari Gopanx | Gambar: Google Images

No comments:

Post a Comment