Hak Cipta Gambar di Internet

  • 0
Assalamualaikum.

Ciptaan dan inovasi sesuatu membolehkan seseorang mematenkan dan mendapat hakcipta ke atas ciptaannya itu. Hak ciptaan ni penting bagi mengenal pasti orang yang selayaknya mendapat royalti dan pengiktirafan yang sewajarnya bagi sumbangan yang dilakukannya. Dalam dunia siber ni, antara salah satu ciptaan yang berlegar-legar di dalamnya ialah gambar.

Gambar-gambar tersebut tidak kira menggunakan subjek hidup ataupun sebaliknya mahupun direka secara digital yang ada di internet juga mempunyai hak ekslusif ke atasnya. Jadi, hal ini menjadikan orang lain perlu meminta kebenaran daripada tuan yang mempunyai hak ke atasnya. Lebih kurang macam situasi bila kita nak display barang orang kat public, kita kena mintak izin daripada tuan dia dulu. Sekiranya kita gagal mendapatkan izin daripada tuannya, kita tidak dibenarkan untuk menggunakannya secara sah.

Apabila kita menggunakannya secara haram, maka tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas kita atau paling kurang berlakunya ketidakpuasan hati dari pemilik. 

Jadi, bagaimana cara paling selamat untuk menggunakan gambar seseorang? Kita boleh melakukannya dengan memberi pengiktirafan kepada tuannya atau kredit. Mentionkan sahaja siapa pemilik asalnya, maka kita sudah dikira tidak plagiat gambarnya.

Bagaimana pula kalau kita tidak tahu siapa tuannya? Well, kita bolehlah menjejak semula sumber asalnya. Kita boleh menggunakan khidmat lawan sesawang TinEye. Perkhidmatan yang disediakan di dalamnya ialah membantu pengguna pencarian menjejak semula sumber-sumber gambar.

TinEye tidak menggunakan kata kunci, tag ataupun nama fail untuk mencari keputusannya. Laman sesawang tersebut beroperasi menggunakan teknologi pengenalan imej semasa. Halaman pertama yang dipaparkan menunjukkan keputusan yang paling hampir dengan gambar yang diuploadkan kepadanya. Halaman-halaman selebihnya memaparkan imej-imej yang diubai suai.


Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment