Kebergantungan kepadaNya

  • 1
Assalamualaikum.

Korang pernah dengar cerita-cerita manusia yang berjaya mengeluarkan dirinya daripada kesulitan dengan berpegang teguh dengan keyakinan dia terhadap sesuatu?

Contoh terdekat ialah orang yang sesat tak kira di hutan atau laut. Walaupun agak mustahil untuk selamatkan mereka yang hilang dalam hutan rimba yang menebal dan lautan biru yang luas terhampar, tapi sebaik sahaja mereka memprogramkan diri mereka untuk situasi yang terburuk, badan mereka akan turut meningkat darjah ketahanan dalam menyediakan diri dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi kelak. Akhirnya, mereka terselamat jugak, selalunya lah kan? Itu kata-kata mangsa yang terselamat.

Itu baru mukadimah. Ini yang nak diceritakan sebenarnya. Hari ni, semua benda yang dirancang tak terbuat. Sepatutnya bangun pada pukul 1 pagi, buat kerja sikit dan seterusnya sahur just before subuh. Kuey Teow dan air soya dah pun dibeli.
Aku tidur awal adalah disebabkan badan dah terlalu letih untuk bersengkang mata memandangkan tidur tak cukup. Dalam kelas, bukak mata pun dah dikira ajaib dah. 

Hari isnin, kelas terakhir ialah kelas BEL. Tamat pada pukul 11 malam. Sebaik sahaja tamat kelas BEL, aku pulang ke bilik untuk tidur. Aku sempat bercakap dengan Ijat untuk memintanya bantuan dalam melukis layout plan pada pukul 1 pagi. Dia mengiyakan sahaja menandakan dia rela melakukannya.

Aku tidur akhirnya selepas menghadapi hari yang meletihkan. 

Aku bangun. Kulihat jam 6:25 pagi. (T_T) sob sob.

Setelah selesai solat, aku mula duduk diam. 

"What I've done wrong?"

Mungkin Allah sengaja mahu menguji aku untuk menambahkan lagi kuantiti dan kualiti ibadah. Aku perasan sejak sibuk dalam menyiapkan tugasan yang diberikan, aku memang kurang mengambil perhatian dengan kualiti ibadahku. Astaghfirullahalazim.

Lagi satu, aku rasa Allah nak aku rasa perasaan bergantung kepadaNya. Aku tau semua perkara yang berlaku dalam kehidupan kita ini terjadi kerana Allah yang mengizinkannya tetapi selalunya aku lupa hakikat itu. Lagipun, aku harus ingatkan diri balik yang siapa yang serahkan segala urusanNya kepada Allah, Allah akan buatkan dirinya tak rasa kecewa sebab orang yang dah berserah bulat-bulat ni tahu Allah perancang terbaik kerana Dia pencipta kita. Dia tahu apa yang kita perlukan.

Sekarang, semua benda dah tak jadi. Masa untuk aku yakin dengan lebih akan qada' Nya yang berlaku dengan hikmah tersendiri. 

Kita merancang, Allah pun merancang dan sesungguhnya, perancangan Allah itu jauh lebih baik dan Dia jugalah yang menentukan.

Tata! Salam :)

P/S: Sahur dengan santapan rohani jelah pagi ni :P

1 comment:

  1. :)
    Lagi kita cuba dekatkan diri dengan Allah, lagi banyak ujian yang kita terima.

    ReplyDelete