Kempen 11 bulan

  • 1
Assalamualaikum.

Dalam puasa ni, masa seolah-olah berlalu dengan perlahan, which is good sebab boleh buat macam-macam, menyiapkan tugasan sambil beramal. Semuanya tidak mustahil, tugasan yang diberikan tempoh 2 bulan untuk menyiapkannya pun boleh kami siapkan dalam masa 4 hari seiring dengan perlaksanaan ibadah-ibadah sunat sebagai point-point bonus untuk dikutip dalam bulan ni.

Berdasarkan pengalaman aku selepas seminggu berpuasa ni, aku jadi mengantuk belah pagi, seterusnya melayakkan aku jadi Batman di waktu malam. Bila ngantuk tu, mulalah kasi alasan nak berehat-rehat kan?

Entri kali ni tentang syaitan yang menemani kita selama sebelas bulan, tarbiah dengan gigih untuk membentuk manusia yang boleh menemaninya di neraka. Licik dan bijak, dia mampu meninggalkan pengaruhnya walaupun sebulan dibelenggu.

Kalau dalam bulan lain, kita bila da buat maksiat, kita boleh cakap,

"Jahat betul setan ni, suruh aku wat jahat,"

Namun, dalam bulan Ramadhan, kita buat maksiat, kita takleh kata camtu memandangkan dia dah pun kena ikat. Jadi menyalahkan dia tidak wajar sama sekali. Berikut merupakan pengalaman aku sendiri dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini.

Insiden 1

Minggu lepas, dalam menunggu solat Isya', kawan aku Ijat tegur,

"Aziz, jom pergi solat jom," sambil tersengih-sengih dia mengajakku.

Instead of berkata,

"Oke jugak," 

Aku membalasnya semula,

"Alahh, aku nak tidur sekejap, 5 minit je, eh 2 minit je, kau kejutkan aku pasni,"

Malas dan bertangguh-tangguh. Aku cuba lenakan diriku bersama-sama dengan sifat-sifat tersebut sambil melihat kawanku Ijat pergi ke surau.

Kemudian, aku perasan,

"Sebenarnya, siapa yang memang malas? Hasutan syaitan ke atau memang kau malas?"
Aku bingkas bangun daripada katil lalu bergegas ke surau. Alhamdulillah, bila sampai je di surau, panggilan iqamah baru sahaja selesai dilaungkan.

Insiden 2

Pagi tadi, aku tidak tidur langsung, bermula dari waktu petang sehinggalah jam hari baru bermula berlalu pun aku tidak tidur lagi. Ada perjumpaan dengan group Quantitative Techniques. Meeting tersebut tamat dalam pukul 1 pagi. Aku meneruskan pemantauan malam ku di Bandar Gotham Teratai City sehinggalah 5:40 pagi. 

Kenapa 5:40 pagi? Masa tu nak dekat sangat dengan waktu tamat sahur. Budak-budak bilik sudahpun bangun, kemudian aku meminta salah seorang daripada mereka untuk mengejutku sebaik sahaja azan berkumandang.

Baru pejam, dia panggil namaku.

Aiyak, baru nak pejam. Aku membuka mataku, menahannya daripada terlelap sehinggakan tamat azan berkumandang.

Kemudian aku tidur semula. Kawanku Raz, mengejutkanku semula. Aku memalingkan mukaku ke arahnya. Dia sedang bersiap sedia untuk sesuatu berdasarkan cara dia mula memperkemas pakaiannya.

"Kau nak pergi mana?"

"Aku nak pergi surau,"

"Oh, kau gi lah dulu, kejutkan aku pukul 6:30pagi,"

Aku tutup mata buat kali ketiga. Nikmat. Fikiranku mula rehat. Rehat. Itulah yang kuperlukan setelah berjaga malam membuat tugasan Estate Agency. Pencarian poin-poin tambahan dalam bulan Ramadhan yang sepatutnya dilakukan kubiarkan begitu sahaja. Rugi.

Kemudian, satu persoalan menjengah fikiranku, SEKALI LAGI.

"Sebenarnya, yang memang pemalas ni kau ke diri kau yang dihasut syaitan?"

Aku kumpulkan kekuatan untuk bangun dan pergi ke surau kemudiannya. Sepanjang berjalan kaki ke sana, aku nekad, aku takkan jadi apa yang syaitan inginkan. 

No way. Not a chance. Aku enggan menjadi produk yang berjaya dihasilkannya hasil kempen 11 bulan siang dan malam tanpa henti. Samada dia suka atau tidak, aku akan memberikannya tentangan hebat. 

Aku tak ingin ke neraka. Bukan neraka pilihan destinasiku kelak, tetapi syurga. Aku ingin pulang ke tempat asalku, tempat di mana moyangku Nabi Adam berada sebelum diturunkan ke Bumi.

Tata! Salam :)

1 comment: