Madah pagi

  • 0
Assalamualaikum.
Bermadah di pagi buta, jari-jemari menjalankan tugas yang tidak mampu bibir menuturkannya. 

Aku lihatnya dari jauh.
Perkara yang kuminati.
Aku datang mendekatinya.
Ia langsung tidak bergerak.
Aku mencapainya.
Hati dilimpahi rasa girang.

Tapi,
Jauh di sudut hati,
aku rasa tak kena.
Semakin lama,
semakin parah kesannya.

Aku mula terpangu dan menyoal diri,
"Adakah aku tak bersyukur ataupun ada perkara lain yang aku inginkan?"
Jawapan tidak juga hadir.
Aku tinggalkan ia kemudian.

Kutunggu kehadiran perkara lain dalam arus kehidupan aku.
Tiada satupun yang kutemui.
Aku tumpu seperkara,
cuba menghilangkan kosong dalam hati, 

Pencarian jiwa.
Kutemui dugaan di dalamnya.
Di situ, kutemui perkara lain yang kuharapkan.
Perkara yang kuperlukan.
Ku menghampirinya.
Juga tidak bergerak.
Aku mencapainya.
Hati dilimpahi rasa girang.
Kali ini,
hati tenang memilikinya.

*Cubaan mengekspresi luahan hati dalam bentuk lain pula. Tata! Salam :)

P/S: Sabar Aziz, masamu akan tiba jua dalam masa terdekat. Dunia ini singkat.

No comments:

Post a Comment