Sampai

  • 0
Assalamualaikum.

Dah sampai rumah. Bertolak pukul 6 petang tadi dari UiTM, bersama-sama dengan 4 orang kelas EM3A dan 5 orang kelas EM3B. 

Aziz, Aiman, Fais, Fikri, Raz dan seorang budak ID, Hassan. Balik pukul 7.45 malam.
Mat Daoh, Faris, Miji, Ada dan sorang lagi tu tak ingat nama. Balik pukul 9 malam.

Aku keluar daripada UiTM awal sebab dapat perlepasan awal keluar daripada koko! Thanx encik jurulatih Aswadi.

Dah settle dengan assignment, kehadiran dan ujian kawad. Alhamdulillah, abang tak kena barred from exam. Tak sabar nak kasitau geng kembar yang bertanggungjawab buat aku tak senang duduk selama seminggu yang yakin kata aku tidak dibenarkan masuk exam. Putus harapan aku selama seminggu T_T

Btw, hari ini seronok. Test Estate Agency mudah. CTU tak baca, macam susah. Takpe, benda dah lepas, learn from it.

Sesudah sampai, jumpa family. Kitty, my kucing pun dah makin besar. Timbang berat, berat pun dah turun. Bukak komputer, manga pun dah updated. One Piece, Naruto, Bleach :)

Aku anggap ini nikmat yang Allah kirimkan sebagai insentif untuk keep having my own 'versus'. Syukur kepadaNya kerana tambah lagi nikmat yang tidak terhitung kiranya.

Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya.” (An-Nahl : 18)

Tata! Salam :)

P/S: I might receive more if I'm willingly to change more kan? 

No comments:

Post a Comment