Aku Pelaku Dosa

  • 0
Assalamualaikum.


Ya Allah,
pelihara hatiku,
sucikan hatiku,
terimalah amalanku,
perhebatkan amalanku,
ampuni diriku.

Aku hambaMu yang membuat dosa,
khilaf sepanjang masa.
Masaku kebanyakannya memikirkan selainMu,
digunakan pada hal keseronokan.
Hatiku mudah terusik,
dengan perkara-perkara lagha.
Diriku mudah lupa,
hakikat aku di dunia untuk beribadah kepadaMu semata-mata.

Aku pelaku dosa,
mohon kepadaMu,
lenturkanlah,
lembutkanlah,
bukakanlah,
pandukanlah hati ini,
ke arahMu.


Ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi ‘an dinik*

Ya Allah,
yang berkuasa membolak-balik hati, 
tetapkanlah pendirianku pada ajaran-Mu.

*Doa Rasulullah

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment