Langkah Pertama

  • 0
Assalamualaikum.

Aku tercari-cari kekuatan untuk berubah. Untuk merealisasikan impian itu, aku perlu kenal diri aku luar dan dalam. Mudah untuk menilai keupayaanku nanti.

Setakat ini, aku tahu realiti kehidupan yang aku seorang hamba Allah. Aku juga sedar akan tujuan kita diciptakan semata-mata untuk beribadat kepada Allah.

Aku tahu semua itu, tapi kenapa tak rasa terkesan langsung di hati?

Keadaan ini berterusan sehinggalah Ummi menegur aku supaya terus berubah, katanya adakah aku mahu terus menghabiskan masa dengan membuat aktiviti kosong, tidak berfaedah. Aku makan hati. Pedih tapi itu hakikatnya. Aku tak suka berada dalam pihak yang bersalah.

Kemudian, dengan izin Allah, aku terjumpa laman web yang menggunakan tahu, faham dan amal sebagai moto mereka. Baca punya baca, aku dapati aku hanya mengambil tahu dan faham separanya sahaja. Tidak cuma mengamalkan.

Itu silap aku. Malas berusaha. Alhamdulillah, ada rakan yang sudi menemaniku ke masjid untuk solat Isya' hari ini. Biarlah hanya satu solat jemaah di masjid, asalkan aku mencuba untuk memecahkan rantaian kebiasaan aku. Aku harap Dia mengikis kotor dosa dalam hati ini. InsyaAllah.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Ra'd:11 )

Doakan aku, teman-teman seperjuanganku. Assalamualaikum.
"Kejayaan sebenar dilihat pada penghujungnya sebab awalan hanyalah langkah untuk membina kejayaan.'' - Doktor HM Tuah Iskandar

No comments:

Post a Comment