Di sebalik nama Heroes Wannabes

  • 0
Assalamualaikum. 

[Edited on 13th November 2011: Dulu, nama blog ini Heroes Wannabes. Jadi, entri ini terangkan bagaimana boleh dapat nama tersebut. Sayang nak hide and delete entri ni :D]

Perkataan Heroes sinonimnya, adiwira, penyelamat. Perkataan ini digunakan bagi golongan manusia yang dikagumi keupayaannya dan akhlaknya, selalunya cuba menentang kejahatan ataupun menyelamatkan keadaan. Seseorang juga boleh dianggap sebagai Hero apabila memberi sumbangan  kepada orang lain.

Jadi, apa kaitannya dengan nama blog Heroes Wannabes?

Heroes Wannabes dengan perkataan lainnya, Heroes Want to be, juga membawa maksud sekumpulan orang yang mahu jadi heroes. Nama ini diilhamkan Allah kepadaku selepas membaca novel Hero karya Hilal Asyraf. 

 

Dipetik dari Bab 12: Hero-hero

“Cik Abang, Hero itu sampaikan fikrah Islamkah?”
Afam rasa tertampar. Dia terus bangun. “Dia selamatkan orang. Blog boleh selamatkan orang?”
“Hero itu, dia bukan keseorangan. Dia kena tahu, yang banyak lagi hero-hero lain ada di atas muka bumi ini.” Husna mengukir senyuman kepada Afam.
Sekali lagi Afam rasa tertampar. Hero selamatkan orang, dan ada pula orang lain menyebarkan fikrah kepada orang yang diselamatkan? Dia tidak pernah melihat perkara itu.
“Saya tak kata Hero itu tidak diperlukan. Tetapi adakah dengan dia menjadi Hero, dia menyampaikan fikrah Islam? Saya dan blogger-blogger Islam yang lain, yang berusaha sampaikan fikrah, memang tidak boleh nak selamatkan orang macam Hero. Tetapi, orang-orang yang diselamatkan Hero, perlukan fikrah-fikrah Islam supaya mereka boleh hidup dengan kehidupan yang bermakna. Jika tidak, sia-sialah kerja-kerja Hero menyelamatkan mereka. Hidup ini, tak bermakna tanpa kefahaman Islam. Dan sampaikan fikrah itu, tak semestinya dengan berblog sahaja. Banyak cara lain. Cuma untuk saya, cara inilah yang saya mampu usahakan.” Husna bertegas.
“Hero-hero lain?”
“Ya. Yang usaha sebarkan Islam, semua itu adalah Hero. Menyelamatkan manusia daripada kegelapan, membawa manusia kepada cahaya kebenaran. Tidakkah mereka itu Hero? Saya sedang berusaha untuk menjadi Heroin la ni. Hihi.” Husna ketawa sendiri. Padanya, dia sedang berseloroh."

Terasa seronok bila pertama kali baca ayat tersebut. I know the fact that people could spread the words of Allah via blog but I never thought about the bloggers who keep on doing those are actually preventing them from engulfed into Darkness. MasyaAllah.

Besides, dalam dunia ni, ada dua je situasi lagipun, kalau masa tak digunakan untuk mengingati Allah, masa akan cenderung digunakan kepada maksiat dan wujud dua golongan manusia, yang mengajak manusia dekat kepada Penciptanya dan yang membuatkan manusia jauh daripadaNya.

From that moment, I make a comeback from a deep sleep of not writing any posts and build a new resolution; untuk turut serta dalam menyebarkan fikrah melalui blog Heroes Wannabes ini. 

Aku tahu, aku masih bertatih dalam mengenaliNya, tapi itu bukan alasan untuk simpan ilmu itu seorang diri. Aku mesti pastikan kata-kata ini didengari dan diketahui oleh hambaNya yang menghadapi situasi yang serupa denganku. Semoga Allah memberi kekuatan untuk terus menerus menulis entri yang mampu mendekatkan kita kepadaNya.  

Aku pun nak jadi seorang HERO jugak, macam orang lain. I'm a hero wannabe! :)

Assalamualaikum.


"Bukanlah membasmi penjenayah itu yang menjadikan seseorang itu hero. Hero adalah mereka yang mengeluarkan manusia daripada gelap kebatilan, kepada cahaya kebenaran."

"Hero pada Allah itulah kekuatan. Apabila kita serahkan diri kita kepada-Nya, proses diri kita untuk memahami kehendak-Nya, kekuatan itu akan hadir pada kita."

Gambar: Google Images  

No comments:

Post a Comment