Kepentingan Memainkan Peranan

  • 0
Assalamualaikum.

Entri kali ini tentang peranan. 

Definisinya secara kasar ialah satu bentuk perilaku yang ditetapkan ataupun dijangkakan yang berkait rapat dengan status atau kedudukan khusus dalam kelompok ataupun organisasi menurut laman sesawang Businessdictionary.

Apabila seseorang dipertanggungjawabkan untuk memainkan peranannya yang tersendiri, dia harus melaksanakannya dengan baik kerana tindakannya akan memberi kesan kepada orang lain, sama ada dalam bentuk sinergi ataupun gangguan.

Fuhh! Cukup dengan pengenalan. Mari straight to the point.
Ilham untuk menaip topik ini datangnya daripada tindakan aku yang enggan masuk ke gelanggang dalam perlawanan akhir yang masih berbaki 15 minit.

Semuanya gara-gara prestasiku tidak bagus hari ini. On and off. Sekejap cemerlang, sekejap teruk. Macam roller coaster dah. Oh, lupa! Aku diberikan posisi Goalkeeper mulanya. Aku tidak kisah kerana aku mahu panaskan badan dulu buat sejam pertama. Namun, yang berlakunya sebaliknya, baru 10 minit, sudah 2 gol bolos ke dalam gawang gol bawah seliaan aku. 2-1. Akhirnya, kumpulanku rotate dengan kumpulan seterusnya yang siap sedia menunggu di luar gelanggang.

Apabila tiba giliran kumpulanku semula, kini Ayah menjadi rakan sekumpulanku. Cantik. Boleh dia jadi keeper pula. Dia cekap menjaga gawang. Sangat cekap. Aku mahu bermain sebagai defender pula kali ni. Kumpulanku menang dua kali sebelum tewas di tangan kumpulan yang baru. I felt so bad about it. Gol leret yang menerjah masuk gawang gol itu merupakan kecuaian aku yang lupa cover the other side where I should be there. 

Aku tak kisah kalau kejadian itu berlaku sekali. Mungkin nasib baik sahaja, tapi kalau dah dua gol, itu kecuaian aku. I left the court with overwhelming guilt. Feel sorry with my teammates for having me who was loafing around when they need me to defend the goal post.

Setelah beberapa minit, tiba giliran kumpulan kami. Aku dipanggil masuk, tapi aku menolak.

"Along! Along!"
"Mainlah dulu," Kekosongan di dalam kumpulanku itu diisi oleh rakanku yang teruja untuk ke gelanggang.

Sesudah sesi futsal, Ayah tanya,

"Kenapa tak masuk time last tadi?"
"Abanglong rasa ngantuk tadi, hari ini sleepy."

Kemudian aku menambah,

"Lagipun, abanglong masuk bukannya menang pun, kalah berkali adalah."
"Tapi, bukan ke kita menang 2 game tadi?"
"Alah, itu apalah sangat. Abanglong bukannya sumbang pape pun time tu."
"Memanglah, tapi abanglong jadi defender. Halang bola tu daripada masuk. Itupun kira contribution. Sometimes, action kita yang sedikit tu yang corakkan sesuatu situation."

Aku diam. I was having thought about it back then in the car. Deep thinking. Betul jugak cakap dia. If aku tak tak berada dalam court tu, mungkin sahaja dah bolos berkali-kali. Walaupun aku muncul sebagai halangan dalam gelanggang tu, aku masih memainkan peranan aku untuk mengacau laluan pihak lawan untuk menjaringkan gol! 

Alhamdulillah. I was busy thinking about my flaws even though I should take it positively. Thanks Dad. Walaupun dia barangkali mahu menjaga hati aku semata-mata, tetapi dia dah ingatkan aku tentang kepentingan dua perkara.

1. Walaupun kita diberikan peranan yang kecil dalam sesebuah organisasi yang besar, kita seharusnya melaksanakannya dengan sehabis baik kerana tindakan kita juga mampu memberi kesan kepada organisasi tersebut. Ingat pepatah Melayu, kerana nila setitik rosak susu sebelangan. Even nila yang setitik  mampu mencemarkan susu yang berkuantiti yang banyak itu. 

Begitu juga dalam pembangunan ummah, kita boleh memberi sumbangan dalam mencipta suasana islami bagi menarik sentimen-sentimen murni ke dalam hati kita. Tidak kiralah apa jua amalan yang berlandaskan syara' sekalipun seperti sedekah dan mengucapkan salam antara satu sama lain,  tabiat tersebut insyaAllah akan memperingatkan insan lain untuk berbuat amalan-amalan yang mudah itu juga, seterusnya menjadi budaya dalam sesebuah masyarakat.

2. Selalu berfikir positif dalam apa jua keadaan. Walaupun kita merasakan sesuatu kejadian itu tidak mendatangkan apa-apa kebaikan pada diri, kita harus berpegang pada setiap kejadian ada hikmahnya.

Anyway, watch this scene of One Piece of Zoro, the first mate of the Straw Hat Pirates who breaks down right after the Negative Hollows passed through him. Funny! Mental note to ourselves: Be positive always!




Assalamualaikum. Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.

Gambar: Google Images

P/S: Life knocks you down just to build you up.

No comments:

Post a Comment