You'll Never Walk Alone

  • 0
Assalamualaikum.

Entri kali ini ada kena mengena dengan cogan kata pada lambang salah satu kelab bola sepak gergasi di Eropah, Liverpool iaitu "You'll Never Walk Alone". Cogan katanya itu merupakan lagu tema bagi kelab tersebut.
Entri kali ini bukanlah mahu menceritakan sejarah di sebalik penemuan slogan itu, tetapi lebih kepada renungan yang boleh kita ambil daripadanya.

Let's begin with the meaning itself. Kamu tidak akan berjalan berseorangan. Ayat ini barangkali hendak mengatakan kita akan selalu mempunyai teman dalam menyisir sisip-sisip kehidupan. Agak pelik bukan? Namun pada hakikatnya, pernyataan itu tidak mustahil pun.

Dulu, semasa aku berasa sedih, aku rasa keseorangan yang teramat. Despite of knowing yang aku akan selalu mempunyai ibu bapa, keluarga, guru-guru dan kawan-kawan untuk meluahkan rasa sedih itu, as they are dependable, tetapi mereka tidak selalu bersama aku. Mereka juga mempunyai kehidupan masing-masing untuk diusahakan, sama seperti aku.

Walaupun mereka tidak putus-putus mengatakan bahawa aku boleh menceritakan apa juga masalah kepada mereka tidak kira jua masa, hakikatnya ketika perasaan itu tiba, kadang-kadang, aku cenderung merasakan akan membebankan mereka dengan masalah yang dihadapi aku.

Kita mahu mengadu, tapi it doesn't feel right. Rasa macam mengada-ngada pun ada. Disebabkan itu, aku lebih suka pendam dan channelkan perasaan dan buah fikiran itu melalui blog.

Sejak menulis blog, aku berasa seronok. Aku mampu menceritakan keadaan yang berlaku kepada mereka yang sudi membaca. Bila pembaca komen entri-entri dalam blog tersebut, terasa menulis blog sendiri tidak sia-sia. Mereka juga ada memberikan nasihat.

Walaupun begitu, mencurahkan isi hati pada blog ada kekurangnya. Perasaan bukanlah sesuatu yang boleh ditafsirkan dalam bentuk perkataan dengan mudah. Pengambilan masa untuk log in into blogger, click new post, memikirkan tajuk dan lenggang lenggok bahasa yang mahu digunakan bagi menjadikan entri itu menarik memakan masa. Perasaan yang aku rasakan ketika itu mungkin sahaja berbeza menjelang masa berlalu. Lagi-lagi, perasaan tersebut tercetus hanya sekali sahaja pada hari itu. Memang jenuh nak membangkitkan semula pengalaman memiliki perasaan tersebut. Aku rumuskan blog ada baiknya untuk bercerita, tetapi memakan masa untuk menyampaikan perasaan.

Sampailah satu masa, ketika aku gigih wandering around the cyberspace, aku menjumpai artikel yang menarik tentang Allah yang dekat dengan hamba-hambaNya. Tak silap aku, artikel itu ada di Iluvislam gamaknya.

Dalam artikel itu, ada mention dua ayat al-Quran iaitu,

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya." 
(Surah Qaf : 16)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (jawablah) bahawasanya Aku mengabulkan permohonan orang yang bermohon kepadaKu.  Maka laksanakanlah perintahKu dan beriman kepadaKu." 

(Surah Al-Baqarah :186)

Firman Allah ini menyatakan tentang Allah itu teramatlah dekat dan akan selalu mendengar doa-doa dan luahan hati hambaNya. Subhanallah. Aku terkesima selepas membaca artikel itu. Aku lupa akan Allah itu Maha Mendengar. Terlalu sibuk mencari si dia yang sudi mendengar, tetapi lupa pada Dia yang menanti kita memohon pertolongan daripadaNya.

Astaghfirullahalazim.

Selepas insiden itu, aku mula yakinkan diri semula, aku tidak pernah keseorangan memandangkan Allah itu selalu ada denganKu tidak kira tempat dan masa. Just ask for help from Allah kerana Dia suka orang macam tu. Dia rasa seronok akan hambaNya yang mengharap pada bantuanNya. Bila Allah seronok dengan tingkah laku kita, macam-macam yang dia kasi kat kita. Who doesn't like gifts? :P

What we've learned from this entry? You'll never walk alone.

Assalamualaikum.

Gambar: Google Images

No comments:

Post a Comment