Seketika di Surau Berjaya Times Square

  • 0
Assalamualaikum.

Hari ini pergi Times Square, Plaza Low Yat dan Plaza Sungei Wang dengan seorang kawan bersama adiknya. Teruja dan gemuruh tu bercampur baur berkali-kali. Selalunya rasa macam tu bila nak buat something dangerous je, maybe it's adrenaline rush. LOL.
Apa-apapun, nak cerita satu pengalaman menarik hari ini. 

Dalam pukul 2.20 p.m.,  aku masuk ke dalam surau di tingkat 8, Times Square. Ketika aku melangkah masuk ke tempat solat, kelihatan seorang foreigner, seems like orang Arab to me, duduk di hadapan saf, seakan-akan mahu mengetuai jemaah. Dia menoleh ke belakang beberapa kali, melihat samada terdapat orang yang mahu solat berjemaah dengannya.

Malangnya, semua orang leka dengan solat bersendirian. Mahu cepat agaknya. Aku pun sama. Mahu cepat juga. 2.30 p.m. mesti berada di dalam panggung wayang dah. Tingkat 1 plak tu. Leceh.

Kemudian, matanya tertancap padaku yang baru sahaja selesai mengambil wudhuk. Dia mengangkat kepalanya sedikit, cuba berhubung denganku. Aku pun membalas sedemikian rupa, ala-ala berkata Wassup?! Pada waktu itu, aku secara tidak langsung bersetuju untuk menemaninya.

Aku mula menghampirinya kekok, lalu bertanya,

"Do you want to be imam?"

Dia menjawab pertanyaan tu gibberishly, aku kurang faham pertuturannya, tapi dari gerak tubuhnya, dia tampak mengiyakan pertanyaanku. Aku berdiri di belakangnya, bersedia menjadi makmum, kemudian dia meminta aku menghampirinya, just before belakang buku lalinya. Terasa segan dengannya sebentar.

Hatiku mula berbisik samada perlu melaungkan iqamah atau tidak, mana taknya, sudah lama masuk waktu. Aku bertanya kepadanya,

"Iqamah?"

Dia angguk. Aku pun qamat. Seterusnya, kami mendirikan solat. Setelah selesai solat, dia mengucapkan rasa syukurnya kepadaku dengan berkata 'terima kasih'. Terasa berbangga orang luar menggunakan bahasa Melayu untuk berhubung denganku. Usai berdoa, selepas melihat masa di telefon bimbit, aku beredar dari situ pada jam 2.35 petang. 

Dalam perjalanan ke panggung wayang, terdapat satu persoalan yang bermain-main di fikiranku. Apa agaknya pandangan pemuda tadi tentang warganerga Malaysia yang beragama Islam selepas melihat tiada siapa yang mahu berjemaah dengannya tadi? Wallahualam.

Assalamualaikum.

Gambar: Google Images

No comments:

Post a Comment