Rancang dan Laksanakannya

  • 0
Assalamualaikum.

Dalam hidup ni, kita diberikan 24 jam sehari untuk beribadah kepada Allah. 24 jam itu kelihatan banyak bagi orang yang tidak mempunyai apa-apa perancangan, namun, bagi yang mempunyai perancangan program tertentu, masa tersebut kelihatan amatlah singkat. Walaupun begitu, penggunaan masa ini cukup sahaja bagi semua orang dengan syarat kita tahu menggunakannya secara optimum. Allah berfirman dalam Surah al-'Asr:

Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Ayat ini mengingatkan diri kita bahawa manusia selalu dalam kerugian. Sekiranya kita tidak menggunakan masa untuk memajukan diri dari semasa ke semasa, kita cenderung untuk menggunakannya untuk memudaratkan diri.

Pengurusan masa datangnya dari perancangan dan dilaksanakan dengan berdisplin. Perancangan yang rapi didahului dengan mengetahui objektif yang mahu dicapai. Perancangan menjadikan usaha kita lebih sistematik dan insyaAllah berjaya. Bak kata pepatah, "He who fails to plan, plans to fail".

Peringkat kedua sesudah merancang ialah melaksanakannya. Bahagian ini yang selalunya ramai orang kecudang. Terasa seperti malas benar untuk menyempurnakannya. Di sini, displin memainkan peranan yang sangat penting. Displin merupakan satu sifat yang membuatkan diri kita patuh pada sesuatu peraturan. Sifat ini muncul apabila terdapat keazaman yang utuh dalam jiwa untuk menyelesaikan sesuatu.

Bagi orang yang tidak berdisplin, menyempurnakan satu tugasan pada satu masa amatlah payah. Walaupun sedemikian rupa perasaan tersebut, perkara ini masih boleh diatasi. Bagaimana? Dengan melakukan tugasan itu mengikut bahagian. Mahu tidak mahu, seseorang itu perlu merasakan bertanggungjawab untuk menghabiskan setiap bahagian demi satu bahagian walaupun proses itu memakan masa yang panjang. At least, kerja itu sempurna walaupun terpaksa bertatih-tatih dahulu.

Di sini dikongsikan video sekumpulan pelajar yang diberikan masa untuk melukis jam. Perhatikan penggunaan masa secara menyeluruh menjanjikan keputusan yang memberangsangkan!



Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment