Opportunity Cost

  • 0
Assalamualaikum.

31 Oktober 2011 yang lepas, aku pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya untuk membuat MyKad yang baru. Maklumlah, sejak darjah 6 lagi, aku masih tidak menukarkannya kepada kad yang baru walaupun terdapat tuntutan untuk menukarkannya selepas menjangkau umur 18 tahun.

Mungkin ada yang tertanya mengapa aku sanggup pergi ke sana sedangkan Melawati turut ada JPNnya yang tersendiri. Hal ini disebabkan oleh kerana hanya di Putrajaya, kita boleh memiliki MyKad dalam masa sehari. Tempat lain mengambil masa 2 minggu ke atas.


Sesudah sampai di tingkat 2 bahagian kad pengenalan, aku mendapati nombor giliranku 390. Kulihat ke skrin yang memaparkan nombor giliran semasa, ketika itu baru sahaja 290. Aduh, lagi seratus nombor sebelum giliran aku.

Aku pun duduk di kerusi sementara menunggu giliran. Dengan bertemankan Sebongkah Batu di Kuala Berang karya Faisal Tehrani, aku asyik dalam duniaku sendiri. Aku lihat jam, sudah 1:30 p.m. Waktu zohor. Kulihat semula skrin, 318. Lambat sungguh!

Aku pun nekad untuk menghabiskan masa berjalan-jalan di kawasan lain dalam JPN itu. Selepas singgah di kedai, aku pergi ke surau di B1, berdekatan dengan pintu masuk bangunan tersebut. Aku lihat di dalam surau, orang-orang di dalamnya khusyuk mendengar ceramah. Dalam hati, aku berbisik, "Eh, solat dah habis ke? Siapa yang ceramah tu? Kaset? Khusyuk depa ni." Aku mula ambil wudhuk dengan harapan bolehlah mencari jawapan bagi pertanyaan aku itu. Aku agak kekok masuk ke dalam surau tersebut memandangkan apa kata mereka yang mendengar kuliah tersebut melihat aku terus duduk mendengar kuliah dan tidak pula sembahyang zohor terus.

Aku tertahan untuk masuk ke surau, namun memberanikan diri jua memandangkan tidak manis dipandang bagi aku berdiri di luar surau begitu sahaja. 

Aku duduk. Rupa-rupanya, terdapat ustaz yang memberi kuliah tentang feqah - solat. Mendengar kuliah solat tersebut. I believe that the name of the ustaz is Ustaz Noryanto which i assume from the name written on the board as the ustaz in charge for kuliah in Zohor prayer.

Aku tidak senang duduk, memikirkan sudah 1:45 petang dan nombor giliranku 390 mungkin sudah dipanggil berkali-kali di kaunter. Mahu sahaja aku berpura-pura membuat sakit perut seakan-akan mahu ke tandas dengan hasrat ingin memastikan nomborku belum dipanggil lagi.

Walaubagaimanapun, aku teringat kisah-kisah rakanku yang nekad untuk bersolat dan meninggalkan urusan dunia kepada Allah sementara. Mereka menerima balasan yang baik daripadaNya dalam bentuk Allah seolah-olah menangguhkan dunia khas untuk mereka, menjadikan mereka solat pun dapat, urusan dunia pun dapat. Subhanallah. Memikirkan perkara tersebut, aku nekad melakukan perkara yang sama. Manalah tau, Allah nak buat macam tu jugak kat aku ke, if terlepas sekalipun, aku still ada banyak masa and tak mengejar masa pun. Maklumlah cuti.

Dalam kuliah itu, ustaz tersebut menyatakan solat ini penghubung dengan Allah. Allah berhak memutuskan hubungan dengan kita sekiranya kita sendiri tidak mahu berhubung denganNya, dengan kata lain meninggalkan solat dengan sengaja.
Itu merupakan salah satu input yang kudapat hari itu. Sesudah solat, aku bergegas ke tingkat 2. Apabila aku sampai di depan kaunter, skrin memaparkan nombor giliran 360. Aku bersykur sangat-sangat. 

Hari itu, aku dapat dua benda, pengalaman pertama drive ke Putrajaya and I have my own version of story of Allah helps people who willingly to let go the world for the sake of Him.

Alhamdulillah. Assalamualaikum.


P/S: Opportunity cost ialah kos di mana sebuah alternatif terpaksa dilepaskan bagi mendapatkan sesuatu yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment