Cerita Permulaan Semester 4

  • 2
Assalamualaikum.

Life here is quite good. Okay, mod bahasa Melayu pulak. Rata-rata aku semester kali ini sibuk dengan tugasan luar. Memandu sana sini, mencari lokasi dan dokumen-dokumen penting bagi menyokong pernyataan yang dibuat dalam laporan.

Ditambah pula masuk kelas baru. Perlukan masa untuk adapt di sana. Alhamdulillah dapat rasa selesa cepat memandangkan lelaki dalam kelas tu semuanya dah kenal berzaman.

Selain itu, semester kali ni, boleh nampak kami semua semakin matang dalam membuat tugasan. Semua dah belajar dari pengalaman.

Yang paling seronok ialah my former class which was Class A still accepting me and sometimes they forget the fact that I've left the class for this semester. 
Sampai sekarang mereka masih menggunakan perkataan 'kelas kita' dengan aku. Agaknya ikatan kekeluargaan kita sangat menebal kan? :D 

Secara keseluruhannya, permulaan semester ini agak sibuk sampaikan aku masih terkial-kial menepati garis masa yang ditetapkan. Pengurusan pembahagian tugasan pun agak berterabur, masih mencari kekuatan ahli kumpulan yang masih dalam proses mengenal potensi diri masing-masing.

Aku sudah tanam azam untuk masukkan nota dalam blog Baca Nota secepat mungkin. Buat masa sekarang baru ada satu post berkenaan pengurusan hartanah. Lambat betul. Takpe-takpe. Bukak tahun baru. Nota sampai minggu ke-5 sudah aku penuhkan nanti. InsyaAllah

Assalamualaikum.

P/S: Aku sudahpun berjanji. Aku insyaAllah kotakannya. Tak perlu sediakan carpet merah :P Aku hanya perlukan kamu semua faham akan tindakan aku sekarang. Only true nakamas know this message.

2 comments:

  1. HAHA. aku tak expect comment pertama dah sebut straw hat :D

    ReplyDelete