RM10

  • 2
Assalamualaikum.

10/12/2011. Hari itu hari Sabtu. Sabtu pertama aku di UiTM walaupun sudah tiga minggu aku berada di sana sejak bermulanya sesi kuliah buat semester ke-4. Hari itu, aku cuma tetapkan satu perkara sahaja. Cari lokasi di Taman Maju dan Kampung Pendiat. Itu sahaja. Tiada niat lain.

Namun, semuanya berubah apabila Fais, teman sebilik menyatakan hasratnya mahu dihantar ke perhentian bas Taman Maju, tempat bas Plusliner Seri Iskandar-Kuala Lumpur mengambil penumpangnya.

Tidak lama selepas Fais menyatakan hasratnya, Raz, sahabatku yang kutelah kenal sejak semester satu menghantar teks.

"Ko nk kuar kol brape." Itulah mesejnya. Aku kemudian menelefonnya. Dia menerangkan dia tersilap sent. Memandangkan kami nak keluar, kami pun mengajaknya sama keluar. Kami keluar dari pukul 9:15 pagi sehinggalah tengah hari.

 Raz, Aizat, Fais dan Fikri.

Pada waktu petang, sudah tiba waktu melaksanakan niat asalku. Aku, Aiman, Fildaus dan Maya pergi ke Taman Maju. Alhamdulillah. Dengan sekali percubaan, kami berjaya mendapatkan rumah semi D satu tingkat.
Usai mendapatkan lokasi di Taman Maju, kami hantar Maya pulang. Tak manislah kalau dia bersama-sama kami di tempat jauh tanpa sebarang objektif. Kami menuju ke kampung di Parit, mencari tapak pertanian untuk digunakan dalam tugasan subjek Penilaian.

Jalan punya jalan, kami telah melalut ke Kampung Mana-Entah-dan-Tak-Tau-Namanya. Perjalanan kami terhenti disebabkan jalan berlubang di tepi bendang. Kami kemudian mengambil keputusan untuk lepak-tangkap gambar-santai di sana memandangkan permandangan di sana sangatlah menyenangkan.

 
 
 1 Malaysia :P


Mungkin ada yang tertanya, mana gambar-gambar aku pulak? Well, anggaplah gambar-gambar aku sendiri kebanyakan tak menjadi. Segan nengoknya.

Selepas sedar masa dah suntuk, kami menghala pulang ke Seri Iskandar. Namun, Daus mengingatkan kami bahawa dia ada melihat kebun pokok pisang. Setelah 5 minit perjalanan berlalu, kami tiba di tempat yang disebut olehnya. Menarik bercakap dengan orang tua berloghat Parit.

Kami sembahyang Maghrib di Masjid Universiti Teknologi Petronas, beli handphone yang sudah dikirimkan sebelum bertolaknya kami petang tadi, pergi Tesco yang baru dibuka, makan di kawasan kedai makan berdekatan Terminal Seri Iskandar dan singgah di rumah sahabat-sahabat kami kelas C di SIDEC.

Kami pulang sekitar 11 malam. Pengalaman tersebut sangat berharga bagi aku memandangkan tidak sangka yang dengan RM10, kami boleh buat macam-macam! Alhamdulillah. Semoga peluang seperti ini muncul lagi dalam hidup aku.

Assalamualaikum.

P/S: Baru perasan lupa bayarkan duit makanan Fais dan ceramah Ustaz Azhar Idrus kat Taman Meru semalam T_T

2 comments: