Forum Kami Anak Muda Sayangkan Islam (KAMI): Selebriti Syurga

  • 2
Assalamualaikum.

Forum KAMI ini bertajuk Selebriti Syurga ini diadakan pada 12/2/2012 bermula pada 8.30p.m.-11.30p.m., bertempat di Dewan Seri Iskandar, UiTM Perak. Program tersebut dianjurkan oleh Ikatan Mahasiswa Dinamik (IMAD).

Panel jemputan bagi program tersebut ialah:

Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang (Mentor Imam Muda Astro Oasis)

Ustazah Fatimah Syarha (Novelis terkemuka - Tautan Hati)
 
Mohd. Hafizi bin Zakaria (Presiden Rakan Masjid Universiti Teknologi Petronas)

 
Kesemua panel jemputan bersama moderator 


Moderator pula diambil daripada anggota IMAD sendiri. Mahasiswa daripada Institut Perguruan dan Universiti Teknologi Petronas juga turut hadir di dalam dewan ini. Berikut merupakan gambar-gambar dalam dewan sebelum program bermula.

    Keadaan pentas
    Nice and simple :)
     Brochure dan Tiket Masuk

    Berikut merupakan ilmu dan kata-kata yang sempat dicatitkan ke dalam buku ketika forum berlangsung.

    Moderator telah mengajukan soalan kepada ustaz berkenaan perspektif Islam tentang belia.
    1. Belia merupakan golongan manusia berumur 40 tahun ke bawah.
    2. Dalam Islam, generasi muda yang dimaksudkan turut merangkumi Saidina Abu Bakar yang memeluk Islam pada umur 38 tahun.
    3. Salah satu contoh belia yang terkenal dalam al-Quran ialah kisah beberapa remaha yang menyelamatkan akidah mereka daripada raja yang zalim (Ashabul Kahfi).
    4. Salah satu golongan daripada tujuh golongan yang mendapatkan naungan arasy Allah ialah anak muda yang membesar dengan taat pada Allah.
    5. Sebagaimana Islam menitikberatkan kepentingan generasi muda, begitu jugalah musuh Islam mensasarkan golongan ini sebagai sasaran ideal bagi dakyah meraka.
    6. Ilmu yang diperolehi ketika fasa mendapatkan ilmu di universiti hanyalah kunci kepada kepakaran yang perlu digunapakai ketika berada di alam pekerjaan kelak.
    7. Kita tak semestinya perlu menjadi ustaz kesemuanya, tetapi jadilah professional yang berjiwa Islamik!
    8. Memandangkan kita dalam suasana Maulidur Rasul, salah satu cara untuk menyatakan cinta pada Rasulullah adalah dengan berselawat dengan sebenar-benar penjiwaan dan mengamalkan sunnahnya.
    Moderator kemudian menambah bahawa pemuda pemudi mempunyai potensi yang besar di mana rata-rata tidak ramai mengetahuinya. Sirah Rasulullah membuktikan remaja merupakan penyumbang kebangkitan Islam itu sendiri.

    Kemudian, moderator menanyakan soalan apakah ciri-ciri sahabat pada zaman Rasulullah? kepada Ustazah Fatimah Syarha.
    1.  Mereka merupakan golongan yang dapat pengiktirafan Rasulullah.
    2. Rasullah bersabda, “Sebaik-baik umatku ialah kurunku (zamanku) kemudian kurun selepas mereka (Tabi’in), kemudian kurun selepas mereka (Tabi’ut Tabi’in).” (Hadis Riwayat Bukhari)
    3. Sahabat, mereka telah mengubah dunia! Namun, sebelum mereka mengubah dunia, mereka telah mengubah masyarakat, sebelumnya keluarga, sebelumnya diri dan sebelum kesemuanya ialah hati.
    4. Nabi SAW bersabda,"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini ialah hati." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
    5. Menjinakkan hati itu ibarat cuba membawa raja yang berkuasa untuk memerintah ke arah kebaikan.
    6. Bilal bin Rabah menyebut 'Ahad' yang bermaksud Yang Satu sepanjang diseksa oleh tuannya. Bilal boleh sahaja nak ikut Ammar bin Yasir untuk sebut lain di mulut, hati teguh pada Allah tetapi Bilal tidak melakukannya. Bagi Bilal, "You can take my body, not my akidah".
    7. Ibadah mereka diterima dengan syarat: IKHLAS, nak mendapatkan keredhaan Allah dan MENGIKUT SUNNAH.
    8. Abu Talib, bapa saudara Rasulullah ikhlas melindungi baginda, tetapi tidak mengikut sunnah Rasulullah.
    9. Abdullah bin Ubai, bapa munafik tidak ikhlas tetapi berpura-pura mengikut sunnah Rasulullah, menzahirkan keimanan dengan berpura-pura.
    10. Pada zaman fitnah ini, kita perlu contoh Rasulullah dan sahabat.
    11. Dalam perang Siffin, walaupun diceritakan perang antara pihak Saidina Ali dan Saiditina Aisyah, terdapat ketinggian akhlak dipaparkan dalam peperangan ini. Perang tersebut bermula selepas pembunuhan Saidina Uthman.

      Terdapat dua golongan yang mahu jatuhkan hukuman qisas ke atas pembunuh sahabat tersebut manakala terdapat golongan yang mahu selesaikan isu pemberontak dengan menguruskan isu pemberontak terlebih dahulu. Dalam hal ini, rakyat terbahagi kepada dua kumpulan yang berpihak kepada Saidina Ali dan Saiditina Aisyah.

      Pihak Saiditina Aisyah telah pergi ke Saidina Ali supaya menyuruh mempercepatkan qisas, tetapi Abdullah bin Saba' telah membuat onar kepada kumpulan Saiditina Aisyah lalu mencetuskan peperangan.

      Salah seorang sahabat yang berada di dalam pihak Saiditina Aisyah, Az-Zubair yang meninggal dunia di dalam perang Siffin, telah dibawa kepalanya kepada Saidina Ali. Beliau hampir memancung orang yang membawa kepala tersebut.

      Ada juga peristiwa Saiditina Aisyah jatuh , pihak Saidina Ali menanyakan khabar tentang keberadaannya, Aisyah kata, 'Alhamdulillah.' Apabila Saidina Ali mendapati ahli kumpulannya yang mencaci Saiditina Aisyah, Ali telah menyebat 100 kali ke atas mereka kerana beliau tidak sanggup melihat kekasih Rasulullah dikutuk sedemikian!
    12. Hakim sekiranya betul dalam membuat keputusan 2 pahala baginya, 1 pahala sekiranya salah. Walau apa keputusannya, profession itu masih dalam lingkungan pahala.
    13. Ada perkara yang boleh khilaf (perselisihan pendapat)
    14. Jangan maki terus seseorang yang berbeza pendapat dengan kita, jelaskan keadaan dengan menanyakan kepada diri, adakah perkara tersebut boleh khilaf?
    Moderator kemudian menanyakan pandangan Abang Hafizi tentang gejala Kristianisasi. Beliau telah mengemukan cadangan umum bagi mengatasi serangan-serangan yang berbentuk sepertinya:
    1. Kita hendaklah mengikuti organisasi yang bersemangat dalam menjunjung syiar Islam.
    2. Kita perlu pada perubahan dan berjihad, oleh itu, kita perlu berada dalam persekitaran yang baik-baik bagi membantu kita untuk berubah.
    3. Sekiranya kita berkawan dengan orang baik, kita akan malu untuk berbuat jahat dan sebaliknya.
    4. Ego merupakan punca kepada ketidakupayaan diri untuk membuat perubahan.
    Kemudian, sesi bertanyakan soalan yang singkat diadakan bagi mereka yang hadir ke forum tersebut. Soalan "Bagaimana seseorang boleh seimbangkan kerjaya dan keluarga dalam masa yang sama mengekalkan ciri-ciri muslimah sejati?" telah dijawab oleh ustazah.
    1. Isu ini merupakan isu khilaf. Kita mengambil pandangan moderate dalam hal ini.
    2. Sheikh Yusuf al-Qardhawi menyatakan bahawa kita perlukan tenaga wanita. tetapi sekiranya wanita enggan bekerjaya, mereka bolehlah berada di rumah, menjaga rumah tangga mereka. 
    3. Tugas utama wanita tetap pada suami, mendidik generasi!
    4. Kita harus jelas dengan keutamaan kita.
    5. Wanita yang bekerjaya perlukan kemahiran-kemahiran seperti pengendalian stress dan masa.
    6. Andai golongan wanita ini mempunyai masa yang kurang untuk berada di sisi anak sepanjang masa, mereka perlu mencari tempat didikan dan asuhan yang bagus. Pendekatan mencari pengasuh juga boleh. Pengasuh perlu diuji terlebih dahulu sebelum memberi contoh kepada anak-anak. Adab-adab dan sekecil-kecil perkara yang dituntut dalam Islam bolehlah dipertontonkan kepada anak-anak kecil.
    7. Kita harus pandang tinggi pada anak. Kita harus menganggap anak yang kecil itu barangkali merupakan ulama', professional ataupun pemimpin pada masa hadapan yang sedang melayari zaman kanak-kanak.
    8. Usaha maksima perlu dicurahkan kepada anak bagi membentuk peribadi unggul anak-anak.
    9. Pohonlah kepada Allah bagi memudahkan urusan pembentukan kendiri anak-anak.
       Soalan kedua iaitu cara-cara beristiqamah dalam melakukan kebaikan selepas dunia universiti telah dijawab oleh ustaz.
      1. Sebelum beristiqamah, kita perlu muhasabah samada kehidupan universiti kita baik atau buruk. Jika baik, teruskan. Buruk, ubah menjadi baik.
      2. Para sahabat dahulu seandainya melakukan dosa, mereka akan cepat-cepat bertaubat.
      3. Begin with the end of the mind. Ketahui apa yang kita mahu capai kerana perkara tersebut akan menetapkan diri kita untuk berterusan cekal menempuh cabaran sehinggalah mencapai matlamat yang diidamkan.
      4. Perkara lagha melarikan fokus kita pada matlamat.
      5. Tanamkan diri kita dengan fikiran untuk menyumbang kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan paling penting agama!
      6. Kemudian, barulah istiqamah dalam hal membentuk perancangan dalam memilih kawan, ekonomi, pasangan hidup.
      7. Berhenti seketika daripada urusan dunia, muhasabah sebelum meneruskan semula perjalanan di dunia ini.
      8. Sekiranya kita mula leka, ingat semula tindakan kita dan fikirkan pandangan Allah, Rasulullah dan ibubapa sebagai contoh terhadap keadaan diri kita.
      Moderator menyerikan lagi majlis dengan mengingatkan hadirin untuk jangan bersikap pentingkan diri dan berfikir sebagai satu ummah. Kemudian, ustaz diajukan soalan tentang soalan tentang serangan kristianisasi.
      1. Yahudi mahu kita tinggalkan Islam secara praktikal sehinggakan tiada Islam dalam diri Muslim itu.
      2. Ketika peristiwa Bosnia pada zaman 1990-an dahulu, ketika rakyat mereka disembelih, dikhabarkan dakyah Yahudi dan Nasrani ke atas pemuda pemudi di sana sudahpun berjaya - ada antara mereka yang meninggalkan solat dan minum arak sewenang-wenangnya.
      3. Dari Abu Umamah Al Bahili dari Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sungguh ikatan Islam akan terurai simpul demi simpul. Setiap satu simpul terurai maka manusia akan bergantungan pada simpul berikutnya. Yang pertama kali terurai adalah simpul hukum (undang-undang) dan yang paling akhir adalah simpul solat." (Hadith Riwayat Ahmad)
       Ketika ustazah sedang berucap

      Moderator kemudiannya menanyakan ustazah bagi peranan pemuda sebagai aset mengikut pandangan Islam.
      1. Pemuda akan sentiasa menjadi pasak kepada kebangkitan Islam sepanjang zaman. Oleh itu, pemuda perlu jelas dengan matlamat hidup dia dan tidak terlibat dengan keruntuhan akhlak.
      2. Mereka perlu tahu keutamaan dalam hidup mereka. Kalau manusia itu baik, Allah maha baik. Kalau manusia itu berjasa pada kita, Allah jasaNya pula tidak terkira pada kita. Allah ada sebab yang tidak terkira untuk melayakkan diriNya perlu diutamakan terlebih dahulu.
      Soalan "Apa yang perlu dilakukan untuk membela dan membuktikan rasa sayang pada Islam?" telah diajukan kepada Abang Hafizi. Idea utama bagi jawapannya ialah PENGORBANAN.
      1. Bagaimana mungkin kita kata kita sayang sekiranya tiada pengorbanan dilakukan untuknya?
      2. Berkorban mudah disebut, payah dibuat.
      3. Renungkan hidup kita samada pernah atau tidak kita berkorban untuk Islam? Sekiranya tidak, maka itu bermakna kita tidak sayang akan Islam seperti yang disangkakan.
      4. Kita perlu lawan ego untuk berkorban.
      5. "Tanpa keterpaksaan, kita tidak boleh ubah diri kita."
      6. "Keikhlasan hanya lahir daripada sebuah keterpaksaan."
      7. Tanpa langkah pertama, tidak wujud langkah-langkah yang seterusnya bagi diri mengorak lebih jauh.
      8. Melakukan kebaikan memerlukan kita menghadapi jalan berliku tetapi akan tiba keseronokan selepasnya.
      9. Kedua tidak akan muncul sekiranya tiada pertama pada awalnya.



      Akhir sekali, para jemputan diminta untuk menyimpulkan tajuk forum. Ustazah menyatakan:
      1. Siapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allah segala kemuliaan.
      2. Hanya Allah tempat kita meminta dan berserah.
      3. Hanya Islam cara hidup yang sebenar yang mampu membawa kita ke negeri tanpa kesedihan, iaitu syurga.
      Ustaz Syed Norhisyam pula telah menyimpulkan dengan kisah Thalabah bin Abdul Rahman:
      1. Beliau merupakan seorang remaja 17 tahun yang telah menemukan semangat dalam melakukan kebaikan. Pada suatu hari, sedang beliau ingin menyempurnakan hajat Rasulullah, beliau telah terlihat perempuan di dalam bilik mandi gara-gara selakan kain pintu. Beliau telah mengucapkan Isti'azah sejurus kejadian itu dan mula gelabah akan tindakannya yang dikhuatiri akan diberi oleh Jibril kepada Rasulullah.

        Beliau telah menyorok di dalam gua. Saidina Umar yang diutuskan Rasulullah dalam misi mencari Thalabah telah menemukan remaja tersebut selepas bertanyakan pakcik pengembala kambing yang mengenali Thalabah sebagai remaja yang keep on saying'tak mahu masuk neraka."

        Dalam keadaan lemah dan berbaring di atas riba Rasulullah, Thalabah memohon agar Allah mengampuninya dan memasuukkan dalam syurga. Rasulullah menjaminnya bahawa hajatnya itu dijamin makbul. Beliau meninggal dunia di atas riba Rasulullah.

        Rasulullah datang lewat ketika pengebumiannya dan para sabahat membuka laluan untuknya. Namun, Rasulullah seolah-olah berjalan dalam keadaan tak selesa. Rupa-rupanya kehadiran malaikat-malaikat yang berduyun-duyun menghantar jenazah menjadi sebab Rasulullah berbuat sedemikian. Subhanallah!
      Abang Hafizi telah menamatkan bahagiannya seperti berikut:
      1. Keperluan untuk bersama sahabat-sahabat yang baik itu ada.
      2. Once kita ada motivation, kita akan always motivated.
      3. Motivation itu perlu dikekalkan.
      4. Barangkali bagi siapa yang praktikkan, motivation itu bertahan 3 hari.
      5. Bagi yang tidak mengamalkan, boleh jadi motivasi itu hilang serta merta selepas sesi motivasi tersebut.
      6. Selalu kekalkan motivasi dengan beristiqamah melakukan kebaikan. Always charge!
      7. Syurga Allah itu sangat mahal harganya. Maka, besar pengorbanan perlu dibuat.
      8. 'Wahai orang-orang yang beriman, jaga diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka," Kita sayang akan keluarga kita dan ibu bapa kita telah berkorban banyak untuk kita.
      9. Boleh jadi kita tidak jumpa mereka di syurga. Jadi sampai bila kita nak bergelumang dengan maksiat? 
      10. Bila kita dah tiba masa untuk berubah, adakah kita dah bersedia untuk mencurahkan segalanya?
        Itu saja. Kagum dengan panel jemputan di atas pentas. Petah berbicara. Am looking forward to attend such programs in the future. Assalamualaikum.

        2 comments: