Sembang Santai: Lelaki itu Kacak, Wanita itu Cantik

  • 0
Assalamualaikum.


Pada malam 9/2/2012, telah diadakan program sembang santai yang bertajuk Lelaki itu Kacak, Wanita itu Cantik. Program tersebut diadakan di Pusat Islam UiTM Perak Kampus Seri Iskandar anjuran Ikatan Mahasiswa Dinamik (IMAD).

Tetamu jemputan dalam sembang santai tersebut ialah Catriona Ross dan Imam Muda Hassan. Program bermula pada pukul 9.30 malam dan moderator program tersebut merupakan Ha Mim.
 Flyers yang diberikan ketika program sembang santai

 Tiket program

Berikut merupakan antara isi-isi yang sempat kucatitkan:
  1. Kak Cat sebelum berhijrah, menganggap apa yang mata tengok cantik, itulah kecantikan.
  2. Kak Cat menambah, selepas berhijrah, definisi kecantikan padanya berubah. It's not solely about what is physically seen yet it depends on the inner appearance.
  3. Bagi beliau, kini, orang yang berbudi pekerti yang sangat baik dan berilmu lebih menarik perhatian berbanding rupa paras yang lawa semata-mata.
  4. Hal ini demikian kerana kecantikan pada fizikal terhad, mana sifat dalaman yang tidak mempunyai rupa bentuk mampu mempamerkan kecantikan yang tidak terhad.
  5. Imam Muda Hassan beritahu bahawa terdapat kawannya yang manfaatkan FB untuk buat kajian tentang apa itu baik dan cantik bagi seseorang. Keputusan menunjukkan ada yang suka perwatakan beriman, gigi tersusun rapi dan saiz punggung yang besar =.=
  6. Kitab Imam Tarmizi, Syamil Muhammadiyah yang dicetak semula oleh Telaga Biru ada menceritakan gambaran paras dan akhlak Rasulullah s.a.w. Antara ciri-cirinya ialah, baginda tak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, tidak terlalu gelap dan tidak terlalu cerah dan rambutnya tidak terlalu lurus dan tidak terlalu kerinting.
  7. Baginda berperibadi lengkap, contoh sepanjang zaman.
  8. Sahabat Rasulullah, Julaibib seorang langsung tak hensem, kerdil, takde keturunan (bukan yang baik-baik), miskin tetapi hensem pada Allah. Rasulullah telah membawanya bertemu pembersar dan menolong dia untuk dipinangkan. Apabila mengetahui Julaibib yang mahu dipinangkan, si bapa telah berbincang dengan isterinya di mana perbualan mereka didengari. Si anak berkata, sampai hati tolak pinangan Rasullah? Sekiranya Rasulullah yang melakukan sedemikian, pasti ada sebab dan kebaikannya. Julaibib yang telah mengikuti satu peperangan telah syahid, telah membunuh 7 orang sebelum tumbang. Rasulullah sendiri telah memuliakan baginda dengan mengangkat tubuh Julaibib dan mengebumikan sendiri. Isterinya menjadi pilihan orang ramai selepas kematian suami beliau. Akhirnya menjadi isteri kepada Sa'ad bin Ubadah, seorang kacak dan kaya.
  9. Kak Cat, kebanyakan orang ketika beliau berada di alam universiti, mahy show off bagi orang sekelilingnya mengenalinya.
  10. Bagi Kak Cat sekarang, kita lebih menarik sekiranya, semasa di menara gading, kita timba ilmu, baiki akhlak dan menjaga maruah (angkat saham).
  11. Carilah pasangan yang boleh membimbing dan ingat-memperingati.
  12. Imam Hassan menambah, keadaan lelaki yang mempunyai 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal menjadikan mereka perlu bernikah untuk saling melengkapi.
  13. Kalau nak bercinta, pastikan ada niat nak berkahwin dengan si dia.
  14. Lihat pada rupa, nasab keturunan, harta dan agama. Letakkan keutamaan agama dalam kriteria pemilihan pasangan.
  15. Tunang bukan lesen untuk buat benda tak baik.
  16. Kak Cat: Rasulullah pernah dicaci, diludah dan dikenakan semua yang tidak elok kepadanya ketika menyebarkan kebaikan.
  17. Kawan terbahagi kepada dua, yang menyokong perubahan ke arah lebih positif dan membenci perubahan seseorang itu kepada lebih baik.
  18. Imam Hassan: Dalam surah an-Nur ayat 26, perempuan tak baik untuk pasangan lelaki yang tak baik, perempuan yang baik untuk pasangan lelaki yang baik.
  19. InsyaAllah dapat yang baik bagi orang yang baik. Kalau tak dapat, itulah ujian buat iman (bersabar).
  20. Orang yang diuji itu Allah mahukannya dia mengingatiNya. Subhanallah!
  21. Imam Ghazali berkata, ujian itu menandakan Allah sayang. Kalau kita keep on sabar, lagi Allah sayang <3
  22. Kak Cat: Wanita solehah sebaik-baik perhiasan dunia. Diukur pada kekuatu pegangan agamanya pada suruhan dan laranganNya.
  23. Ilmu + Akhlak menerbitkan peribadi terbaik.
  24. There's no such thing of not enough having time. Time management itu sangatlah penting dan manfaatkan sepenuhnya masa tersebut.
  25. Imam Muda Hassan: Nasihat dan misalan orang yang tak tutup aurat ialah keadaan baju branded dan baju tiada jenama. Barang yang berjenama akan dijaga rapi, diletakkan pada rak baju dengan lipatan kemas dan bukan calang-calang manusia yang menyentuhnya. Sedangkan bagi baju yang tidak berjenama selalunya akan diletakkan di kawasan terbuka, dilonggokkan satu tempat bagi memberi peluang orang yang mahu membeli mencubannya. Ramai orang bergilir-gilir mencubannya, dan tidak jadi membelinya. Maka, hilanglah hak ekslusif seseorang yang bakal memilikinya kerana semua orang sudah tonton dan pakai!
  26. Aurat merupakan pemberian istimewa bagi orang yang halal baginya.
  27. Kak Cat: Apabila Allah mengambil sesuatu daripada kita, janganlah bersedih kerana Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.
  28. Mesti pegang teguh dengan prinsip hidup Islam kerana kita penganutnya membawa imej Islam itu sendiri dalam kalangan masyarakat.
  29. Imam Muda Hassan: Hidayah milik Allah. Dalam surah al-Baqarah ayat ke-2, hidayah itu buat orang yang bertaqwa.
  30. Rasulullah telah berusaha untuk tarik Abu Talib peluk Islam tetapi bapa saudaranya itu tidak masuk Islam sehinggalah kematiannya. Kemudian, keluarlah firmah Allah yang membawa maksud, hidayah itu milik Allah.
  31. Allah membuka dan menutup hati orang yang dikehendakiNya.
  32. Mualaf yang menikmati kefahaman Islam dengan susah payah kadang-kala lebih baik daripada penganut agama Islam yang diperoleh melalui keturunan.
  33. Kak Cat: 'Mereka yang mencari redha Allah dalam marah manusia, Allah akan membantu urusan mereka, manakala mereka yang mencari redha manusia dalam marah Allah, Allah menyerahkan semua urusan kepada manusia."
  34. Imam Muda Hassan: Keadaan sekeliling mempengaruhi kita.
  35. Beliau ketika mendapat tugasan bertemu maknyah dalam rancangan Imam Muda telah menemukan seorang maknyah yang memakai tudung yang digelar ustazah oleh kawan-kawannya. Kata maknyah tersebut, dia memakai tudung kerana dia sudah serik dan insaf dengan bekas pakwenya yang kaki jantan. Imam Muda Hassan mengaguminya dari segi niatnya yang mahu berubah. Kata maknyah tadi, dia mahu mengenakan pakaian untuk lelaki pada dirinya tetapi perlukan masa. Hal ini disebabkan dia dikelilingi kawan-kawan yang tidak menyokong perubahannya itu.
  36. Rasulullah bersabda, tiada lagi hijrah selepas pembukaan Kota Mekah kecuali hijrah niat dan jihad.
  37. Senyumlah bagi menyerikan muka. Orang yang paling banyak senyumnya ialah Rasulullah. Perbuatan senyum pernah menarik orang bukan Islam untuk menganut agama Islam, contohnya, Amru al-A'sr.
Alhamdulillah. Imam Muda Hassan juga mengingatkan kita mahu juga kacak pada pandangan Allah - Rasulullah mengajar kita untuk berdoa ketika melihat rupa kita di cermin,


Sumber: Google Images 

Wahai Allah, cantikkanlah rupaku dan cantikkanlah pula akhlakku.

Itu saja buat kali ni. Assalamualaikum.
_____________________________________________________________________________________________

Apa guna jadi lelaki KACAK,
kalau baca Quran pun merangkak-rangkak.

Apa guna jadi perempuan CANTIK,
kalau pukul 12.00 tengah hari pun tak celik-celik.

Apa guna umur BESAR PANJANG,
kalau asas Fardhu Ain pun lintang pukang.

Apa guna ALLAH bagi HIDAYAH,
kalau nak SOLAT pun sikit punya PAYAH.

Apa guna jadi MANUSIA,
kalau umur ALLAH bagi kita SIA-SIA.

No comments:

Post a Comment