Sakit

  • 2
Assalamualaikum.

Makhluk Allah yang hidup matinya dengan izinNya hanya mampu merancang dan selebihnya Allah yang tentukan. Aku tak jangkakan yang aku akan sakit sejurus selepas pembentangan Development Appraisal. Mulanya dengan simptom rasa lemah badan dan batuk, aku anggap itu cuma salah satu cara badan aku menyesuaikan diri dalam dewan kuliah yang menjadi saksi pembentangan tugasan DA kumpulan kami.

Apabila pulang ke rumah, penyakit tersebut makin menjadi-jadi. Kalau dulu, jarang sekali batuk. Sekarang, batuk kuat hampir setiap masa. Selsema turut datang sepakej dengan batuk tersebut.

Selepas pulang semula ke kampus UiTM Perak, demam mula terasa. Namun, pada hari Selasa iaitu 7/2/2012, peluh keluar dengan banyaknya dari badan ketika aku sedang tidur. Alhamdulillah, demam kebah haritu juga.

Hari Rabu 8/2/2012, aku pergi ke Unit Kesihatan bagi mendapatkan ubat selsema dan batuk. Suhu 37.7C, tidak demam memandangkan hanya 38 Celcius ke atas dikira demam.

Sebaik sahaja aku memberitahu doktor bertugas bahawa aku demam sudah lebih 5 hari, beliau meminta aku ke bilik sebelah bagi prosedur ambil sampel darah. Selepas beberapa minit, aku diberi ubat batuk dalam bentuk cecair, Vitamin C, selsema dan sakit tekak.


Aku tiba di kelas Estate Agency Practice II lewat sejam iaitu pada pukul 12.03 tengah hari. Aku sedar yang mata aku rasa gatal-gatal. Seakan-akan berair. Aku cukup masak dengan simptom itu. Aku tahu aku sudah kena sakit mata. Aku kenakan tisu pada mata aku. Tahi mata separa cecair kelihatan pada tisu tersebut.

Selepas sesi kelas EAII, kumpulan Building aku pergi ke Majlis Bandaraya Ipoh dan Greentown Mall. Aku cukup tidak bermaya untuk kelihatan bersemangat dengan pihak mereka. My bad.
Apa-apapun, pihak unit kesihatan memberitahu aku bahawa memang sudah jadi kebiasaan bagi mereka untuk menyambut kedatangan pelajar yang sakit selepas cuti panjang di rumah. Barangkali badan lewat untuk menyesuaikan dengan persekitaran cuaca di sini yang menyebabkan badan mula sakit.

Apa yang aku pelajari daripada pengalaman menjadi pesakit ialah:
  1. Sakit bukan alasan untuk tidak produktif
  2. Sakit itu kafarah dosa. Peluntur dosa memandangkan Allah mahu kita tingkatkan rasa kebergantungan padaNya.
Itu saja. Assalamualaikum.

2 comments:

  1. hopefully you will be feel better soon.. insha'Allah..=)

    ReplyDelete
  2. Dah makin sihat, thanx for the dua' :)

    ReplyDelete