Kahwin Muda "Bahagia atau Derita"

  • 4
Assalamualaikum.

Entri kali ini tentang pengalaman aku ketika berada di dalam program ceramah Kahwin Muda "Bahagia atau Derita" yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Kazim Elias, seorang penceramah bebas yang terkemuka. Beliau ni sudah bergiat dalam arena dakwah selama 21 tahun.

Aku expect tinggi kat ceramah ni sebab penceramahnya terkenal dengan pengupasan topik ceramah yang menarik. Rasa nak dengar dan dengar lagi. Kedua ialah topiknya sendiri. Kahwin muda. Aku berminat nak dengar pandangan pihak yang lebih berilmu dalam hal ini dengan telinga aku sendiri. 

Ceramah bermula sekitar pukul 9 malam selepas ucapan oleh pengarah projek dan ucapan perasmian oleh Sr. Dr. Md. Yusof Hamid, Timbalan Rektor (HEA). En. Yusof Hamid berjaya mencuri perhatian orang-orang di dalam dewan dengan ucapan santainya dan tidak terikat dengan teks.

Selesai je perasmian pada jam 9.37 malam, gimik gong dilaksanakan dan ceramah bermula.  Ustaz duduk di kerusi putih tersebut sepanjang ceramah tersebut.

Antara input-input yang aku dapat adalah seperti berikut (Minta jasa baik pembaca tegur aku seandainya terdapat kesalahan dalam nota ini):
  1. Kahwin dalam bahasa Arabnya, nikah yang membawa erti kumpul. Dari situ, nikah juga mengaitkan perkataan wati (perkataan T untuk TO dalam huruf hijaiiyah) yang membawa maksud setubuh.
  2. Tak sempurna sesuatu perkahwinan tanpa hubungan suami isteri.
  3. Isu cina buta; Syarat untuk si bekas isteri pulang ke suami yang telah menjatuhkan talak tiga ialah dengan mesti bernikah dengan lelaki lain dahulu, melalui proses wati. Seandainya tidak ada wati, maka tidak sah.
  4. Setubuh atau jima' yang juga membawa erti 'kumpul' juga mempunyai kata dasar kepada perkataan 'jemaah', 'jamak', 'ijma' dan lain-lain.
  5. Hukum kahwin ada 4, wajib, sunat, makruh, haram. Tiada hukum harus melainkan kahwin lain.
  6. Wajib bagi orang yang berkemampuan dan berkeinginan.
  7. Sunat bagi orang yang berkemampuan tetapi belum berkeinginan lagi.
  8. Makruh bagi orang yang tidak mampu tetapi berkeinginan. Disarankan berpuasa dan melakukan kerja yang boleh melupakan niat berkahwin (sibukkan diri).
  9. Haram bagi orang yang berpenyakit. Boleh jadi seseorang itu mampu ngan berkeinginan tetapi memandangkan penyakit tersebut bakal merebak kepada orang lain, dia diharamkan untuk berkahwin. Sedih wo.
  10. Mampu di sini terbahagi kepada dua, mampu beri nafkah zahir (menyara hidup) dan mampu dari segi nafkah batin.
  11. Nafkah zahir ini dari aspek fizikal; makan, minum, tempat tinggal, pakaian dan lain-lain.
  12. Nafkah batin pula merujuk kepada menggembirakan hati isteri, bukannya hubungan suami isteri semata-mata. Senyum pun satu bentuk nafkah batin.
  13. Ada ulama' yang berpendapat penuhkan satu kriteria mampu iaitu mampu batin pun dah cukup dengan merujuk kepada firman Allah yang menyatakan Allah menurunkan rezeki kepada orang yang berkahwin.
  14. Prosedur yang harus dilalui oleh bakal suami isteri di Malaysia menampakkan perkahwinan ini susah (untuk kebaikan mereka juga) sedangkan perkahwinan itu sangat senang dan senang. Kita je sibuk susahkan.
  15. Rasulullah pernah kasi hantaran kepada isteri baginda ialah bantal, tempayan dan batu pengisar (blender)
  16. Hantaran Rasulullah yang termahal merupakan 400 dinar kepada isterinya Zainab binti Jahsy memandangkan isterinya merupakan golongan yang kaya.
  17. Dikatakan Abdullah, bapa nabi berumur 20 tahun dan Aminah 17 tahun ketika Abdullah meninggal dunia.
  18. Cinta tak bermakna perlu berkahwin. Kahwin sepatutnya menyenangkan dan bukannya menyusahkan.
  19. Kita mempunyai pilihan untuk hidup senang dan susah semasa memilih pasangan hidup. 
  20. Hidup susah dengan orang yang kita cintai sebelum kahwin merupakan pilihan yang boleh dielakkan.
  21. Redha ibu bapa itu penting kerana redha Allah terletak pada redha ibu bapa.
  22. Kebanyakan titik permulaan ketidakbahagiaan rumah tangga berlaku kerana tiada redha padanya.
  23. Cinta tidak boleh beri kenyang. Cinta itu motivasi, perlu jadi dorongan untuk berusaha dalam menampung keluarga (back up).
  24. Hubbun (kasih) Hobi (Kesukaan) Mohabbet (Cinta) Habibi (Kekasihku)
  25. Sebelum kahwin, kita harus persiapkan diri dari segi ilmu dan akhlak.
  26. Perlu bersabar, bersedia menggalas tanggungjawab dan mengambil alih tugas untuk menjaga pasangan.
  27. Umar al-Khattab senyap apabila isteri marah beliau. Beliau merupakan sahabat yang bukan sahaja ditakuti oleh orang ramai malah Iblis turut cuak dengannya, tetapi tidak isterinya (HAHA. Part ni kelakar.) Bila ditanya, kenapa dia diam sahaja, Umar menjawab, isterinya lebih lama menjaga anak daripadanya, lebih lama mengandung, memasak dan lebih teruk menjaga anaknya berbanding tempoh masa dia berleter kepadanya. So, dia decide untuk remain silent. Sabar je lah.
  28. Nabi Yunus berkahwin dengan isterinya yang kuat berleter. Bila ditanya mengapa jadi begitu agaknya, baginda menjawab bahawa baginda telah berdoa kepada Allah untuk masuk syurga cepat dan nampaknya itulah cara yang Allah nak beri kepadanya. Sabar.
  29. Rasulullah memanggil Aisyah dengan panggilan humaira (kemerah-merahan) memandangkan kulitnya kemerah-merahan - kiranya nama manja lah tu.
  30. Baginda juga memanggilnya muwafakah (yang bijak) kerana Aishah ini mempunyai sikap bertanya, bukan kerana tidak tahu, tetapi dilakukan untuk mencerdikkan orang lain.
  31. Perbuatan pasangan dalam menjaga keharmonian rumah tangga diberikan pahala setiap satunya.
  32. Rasulullah bersabda sekiranya seseorang telah kematian tiga orang anak kecil, pada hari akhirat kelak, mereka akan menunggu di pintu syurga. Sahabat yang telah kehilangan satu dan dua anak kecil juga akan mengalami peristiwa sedemikian. Namun bagi orang yang belu berkahwin dan tidak ada kematian anak kecil, maka Rasulullah sendiri akan menunggu mereka. Sebab itu, tidak boleh meremehkan orang yang belum kahwin. Barangkali mereka tidak menemui jodoh mereka lagi.
  33. Sedangkan genggam tangan pasangan pun, dosa gugur di celah celah jari.
  34. Kalau takde duit, boleh nikah khitbah (kahwin gantung); satu bentuk perkahwinan di mana kedua-dua suami isteri tidak tinggal sebumbung dan ditanggung oleh keluarga masing-masing.
  35. Sekiranya mereka mengandung sekalipun, tidak perlu malu kerana anak yang dikandungkan merupakan anak hasil daripada persenyawaan yang halal.
  36. Dalam bertunang, kita diberi peluang untuk menilai.
  37. Penilaian kita selalunya terhijab apabila kita bercinta. Kita menjadi pekak dan buta dalam fasa tersebut. Pekak kerana tidak mahu dengar pendapat orang lain dan buta untuk melihat keburukan pasangan.
  38. Rasulullah doakan 'Barakallahu lakuma, wa barak 'alaikum wa jam'a bainakuma fil khayr...' kepada teruna yang berhajat kahwin dengan janda. Seems familiar? It popularised by Maher Zain.
  39. Kalau takde hajat nak berkahwin dalam masa terdekat, jangan sibukkan diri dengan masalah masalah yang tak sepatutnya seperti serabut tentang couple.
  40. Kalau tak sanggup nak kahwin, jangan dok ngorat dan mainkan hati.
  41. Belajar untuk taffahum (saling memahami), kerana apabila masing-masing saling memahami, isu remeh tak banyak timbul.
  42. Boleh rujuk pada isu tabligh yang tinggalkan keluarga 3 hari, 40 hari, 4 bulan, isteri yang faham akan membuat urusan sendiri sepanjang tempoh pemergian suaminya di jalan Allah.
  43. Yang tak faham itu yang merosakkan perkahwinan.
  44. Dalam komitmen suami dalam kerja dan meninggalkan isteri keseorangan di rumah, perlu diingatkan bahawa isteri yang menjaga urusan rumah tangga di rumah. Jadi, bertimbang rasa untuk melenting dalam perkara remeh.
    Beliau juga ada mencadangkan kepada kami dalam nada gurauan, untuk merombak semula sukatan pelajaran sekolah menengah sedia ada sekiranya kami mempunyai kuasa untuk mengubahnya. Antara cadangan-cadangannya ialah dengan memfokuskan subjek yang bakal digunapakai sehingga tua diajar dalam sukatan pelajaran seperti berikut:
    • Kenderaan: 'Pendidikan Memandu dengan Berhemah' - Tak perlu Ops lagi dah.
    • Perkahwinan: 'Pendidikan Rumah Tangga' - Belajar erti tanggungjawab suami isteri dan namanya lebih molek berbanding 'Pendidikan Seks'
    Dalam pukul 11 malam, ceramah tamat. Tangan berhenti mencatit. Aku cukup puas hati dengan penerangan beliau. Semoga Allah memberkati ilmu beliau dan orang-orang yang sudi menghadirkan diri dalam majlis ilmu tersebut. Amin.

    Assalamualaikum.
    _____________________________________________________________________________________________

    Aduhai adinda,
    dengarlah madah kekanda,
    tercurahlah cinta,
    ahai nyawa padamu juga.

    Aduhai kekanda,
    junjungan kasih kupuja,
    hidup bersumpah setia,
    ahai sayang kekal bahagia.

    _____________________________________________________________________________________________

    Updated on 13/4/2012

    Alhamdulillah, afiq adnan telah memuat naik video ceramah Kahwin Muda "Bahagia atau Derita" di UiTM Perak. Semoga anda semua mendapat manfaat. Berjaya jugak cantum semua vids tu :)


    4 comments:

    1. just wanted u to sing the song. haha. :P

      ReplyDelete
    2. Lenggok dia pun dah lupa. Cari youtube pun tak jumpa lagu Curahan Kasih ni.

      ReplyDelete
    3. aku cari lagu yg nasyid tuuu. muhasabah cinta. jumpe beb :)

      ReplyDelete
    4. Memang le. Sah terang terang dia announce nama lagu. Aku suka lagu pembukaan tu.

      ReplyDelete