Kad Gores

  • 2
Assalamualaikum.


Korang pengguna prepaid? Jika ya, korang mesti ada pengalaman dengan kad top-up yang gores-gores ni. Well, aku ada satu story pasal kad topup.

Rabu minggu lepas, time kat Klang Sentral, aku ada beli kad ni sementara memikirkan cara nak pergi ke Jusco Bukit Tinggi. Korang boleh check entri Myvi dan Saga BLM - Part 2 untuk mengetahui lebih terperinci tentang aktiviti aku pada hari tersebut. 

Selepas membelinya, aku pergi ke kereta dengan niat melihat laluan ke Bukit Tinggi menggunakan GPS. Satu persatu butang GPS aku tekan sambil tangan laju menggores kad. Selepas siap mengecam laluannya, aku lihat semula keadaan kad tersebut.

Well, ini rupanya. =.=


Aku tanya Izzah yang ada di dalam kereta. "Weh, tengok ini. Kau dapat baca?" Dia menggelengkan kepala. Aiyak. Rm 10 hilang gitu je. Nevermind then. Kenapalah aku careless sangat, dompet dah lah hilang haritu, Rm 10 pun burn gitu aje. Aku masukkan kad tersebut dalam beg sandang aku, dengan harapan bila aku bosan, aku dapat decipher the lost code. Eceh :P

Untuk dijadikan kesinambungan kisah tersebut, petang tadi, aku mengeluarkan kad tersebut dengan niat untuk mencuba nasib. Manalah tau, kot kot Allah gerakkan hati tembak tepat nombor-nombor ni. Aku menekan butang-butang fon satu persatu.

Cubaan pertama, the card you entered does not exist.
Cubaan kedua, the card you entered does not exist jugak.

Aku mencuba buat kali ketiga. Kalau dalam filem, hero-hero akan berjaya dengan percubaannya yang ketiga. Aku tekan dengan cermat.

'The card you entered does not exist' jugak.

"Takpelah, aku bukannya nak rush sangat pun." Bisik hati pujuk diri sambil mencuba buat kali keempat. Kemudian, perkara yang tak dijangka berlaku. Mesej di telefon bimbit tertera,

'Baki 013XXXXXXX: RM 13.14, sah sehingga: 20/05/2018, pelan: SOX'

HAHA. Alhamdulillah. Sebelum ni, memang kredit aku below RM 3 pun. Rasa excited for a while. Apa-apapun, I learned two things today,
  1. Keep on trying effortlessly. With each tries that you pour your full concentration on it, Allah may gives you reward for it.
  2. Jangan sesekali gores kad kuat sangat dah. Duit bakal melayang kalau buat macam tu.
Assalamualaikum.

2 comments:

  1. Warghh~ cayalah aziz. kalau aku maybe aku dah buang kad tu kot. hehe :D

    ReplyDelete
  2. HAHA. orang washington boleh la buang-buang je RM 10 :P

    ReplyDelete