Myvi dan Saga BLM - Part 2

  • 5
Assalamualaikum.

Entri ini merupakan sambungan kepada entri Myvi dan Saga BLM - Part 1

Pada keesokan harinya, aku lewat ke tempat Fikri akibat kecuaian aku yang meletakkan dompet merata-rata. 8 pagi baru nak bertolak dari rumah.

Memandangkan aku mahu keluar jauh, aku mengisi minyak di Petronas berjumlah RM30 dan membeli mobile charger memandangkan bateri handphone aku sudahpun tinggal satu bar. Dengan tergesa-gesa, aku meninggalkan stesen minyak tersebut.


8:30 pagi: Tiba di kedai Fikri

Aku sempat minum milo ais di kedainya sebelum sedar akan ketiadaan dompet dalam beg sandang. Not again! Aku ulang alik dari kedai ke kereta 3 kali, mencari dompet aku, namun tidak membuahkan hasil.

"It's okay, Aziz." Bisik hati menenangkan perasaan. Aku rasa terkilan seketika, namun memandangkan aku selalu cuai meletakkan barang, rasa terkilan itu tidak kekal lama. 

Aku kemudian beritahu Fikri tentang kehilangan dompetku. Memandangkan dia tu budak bilik, dia sikit pun tak gelabah. Riak muka berubah sekejap je, pastu dia sengih, kerana sudah masak dengan keadaan yang selalu menimpa diriku. LOL.

Sambil gelabah memikirkan IC dan lesen kereta yang hilang, Fais, salah seorang teman sebilik aku dari Melaka menghantar sms,

"Alhamdulillah, Allah beri kereta aku memecut laju 180km sejam." Lebih kurang camtu mesejnya. Normally, I will get impressed as he is a type of guy yang dare enough to do such thing even jalan sempit. Instead, I replied,
"Weh, gila hape sms aku time bawak laju macam tu!" He replied with a HAHA. Cadangnya, bertolak pukul 7 pagi dari Melaka. So, plus minus 8:30 pagi sampai. Kami tunggu dia.


9:30 pagi - Fais tiba di Gombak
Fikri menghidupkan motornya, menunggu Fais di sisi jalan. Fais yang memecut laju mengikutnya dari belakang. Aku tunggu di kedai. Agak nervous dengan kehadiran mereka walaupun tidak ada apa yang mahu dicuakkan. Aku rasa ketika itu, aku teruja untuk melihat semula beberapa ahli bilik aku bertemu di Gombak semata-mata hendak bekerjasama dalam menyiapkan tugasan.

Deruman enjin Fikri dan kereta Saga BLM tiba di sisi jalan. Fais keluar dari keretanya. Sambil tersengih, kami berjabat tangan. Fikri sambil memandang jam, mencadangkan kami bertolak ke syarikat itu secepat mungkin memandangkan temu janji kami pada pukul 10 pagi.
10.03 pagi - Tiba di Five Star Properties

Berpandukan GPS, dengan melalui Lebuhraya DUKE, kami akan tiba di sana dalam tempoh 15 minit. Kami alhamdulillah tidak tersesat walaupun terlepas simpang ke kiri untuk ke Sri Hartamas. Masalah tersebut diatasi dalam masa 4 minit.

Setibanya di sana, Dennis Yong, seorang Valuer berdaftar senyum dengan kehadiran kami.

"Siapa yang call saya semalam?" tanya beliau.

"Me." Bingkas aku jawab persoalannya. Sambil rasa bersalah lewat tiga minit, kami cepat-cepat melabuhkan punggung di kerusi empuk berwarna hijau.

"Sir, which language you selesa? Malay or English?" tanya aku memandangkan kami mahu menemuramah beliau. Kami selesa berbahasa Melayu, tapi kalau dia tak selesa, tak boleh jugak.

"Mana-mana pun boleh. Ikut suka." Balas beliau.

"Can I record you?" Fais meminta keizinan beliau. Beliau menjawab tidak kisah pun.

Dengan Fikri duduk bertentangan dengannya, bersedia untuk mencatitkan isi-isi penting, Fais merakam sesi temuramah tersebut dengan DSLR Nikonnya dan aku duduk di sebelah Dennis, kami mulakan sesi temu ramah tersebut.

Secara ringkasnya, Dennis banyak memudahkan sesi interview ini. Memandangkan beliau menggunakan bahasa Inggeris mudah, kami alhamdulillah mendapat maklumat secukupnya.

1.00 petang - Bertolak ke Klang Sentral

Sebelum bertolak ke Sri Hartamas, kami telah dibekalkan makanan. Kami bercadang untuk makanan di R&R yang pertama di laluan ke Klang. Fikri mencadangkan kami mengikuti laluan Jalan Duta. Aku ikut sahaja, memandangkan dia lebih tahu tentang selok-belok di Kuala Lumpur ini.

Aku mengekor kereta Saga itu dari belakang. Dalam kesesakan lalulintas Kuala Lumpur yang barangkali berpunca daripada golongan bekerja yang keluar lunch, aku terpisah daripada mereka. Great! HAHA. Dia ke kiri, aku ke kanan. 

Aku mula mencari cara untuk menghubungi mereka.

Aku capai handphone di sebelah kiriku. Bateri? Full. Alhamdulillah. Kredit? RM 0.28. Aiyak. Macam mana nak call diorang ni? 

Kemudian, nama Fikri tertera di skrin handphoneku. 

"Weh, cane ni?"

"Entahle. HAHA. Terlajak pulak. So?"

"Kita jumpa kat Klang je lah?"

"Orite bebeh. Klang Sentral tau. Papehal, call aku." Talian dimatikan. Aku menggunakan papan tanda ke Klang Utara sebagai mata arah bagi ke Klang. Kemudiannya, aku masuk ke lebuhraya Setia Alam. Perjalanan hanya menghala terus dan membuat u-turn sebaik sahaja melihat Jusco Bukit Raja di kanan jalan. Terminal bas tersebut tidak jauh dari situ.


1.30 petang - Tiba di Klang Sentral


Kereta Saga juga tiba di sini kira-kira 10 minit selepas aku tiba. Aku jumpa Izzah di sini, salah seorang ahli kumpulan kami yang berasal dari Melaka. Dia sampai awal memandangkan dia bertolak dari rumah pada pukul 8.30 pagi. Oleh dek datang awal, dia mengisi masa lapang dengan meninjau keadaan sekeliling sambil ditemani novel.


Gambar di atas merupakan gambar lama Klang Sentral. Kedai sebelah kiri dua orang lelaki tersebut sudah digantikan dengan kedai makan. Kami lelaki bertiga telah menjamah bekalan makanan yang dibawa. Kami anggap bekalan tersebut sekadar sarapan. Jadi, kami telah top-up makanan tersebut dengan order nasi paprik, nasi pataya dan milo ais. 


Depan meja makan kami, ada tapak pembinaan yang sedang beroperasi. First time aku tengok piles diketuk masuk ke dalam tanah. Boleh nampak piles diketuk dengan daya yang telah ditetapkan secara berkala. Rasa bertuah dalam belajar Building Technology. 

Sedang menikmati proses yang berulang kali itu, mereka berdua memberitahuku bahawa bumi merasa sakit tiap kali diperlakukan sedemikian. Sebabnya, bumi juga benda hidup. Aku juga diberitahu bahawa bumi mengharamkan orang yang melanggar perintah Allah jejak di atasnya. Bagi orang yang mengikuti suruhan dan meninggalkan laranganNya, bumi okay sahaja dan redha diperlakukan sedemikian rupa. Ilmu baru bagi aku nampaknya. Kesahihan itu akan cuba kudapatkan kelak.

Aku dikenakan bayaran RM9 untuk nasi paprik dan milo ais. Mahal. Pengajaran untuk hari itu, lihat tanda harga baru pilih makanan! Mahal gila!

Aku juga mendapat panggilan dari Natasha, ahli kumpulan kami. Tasha dan Fifi katanya di Jusco Bukit Tinggi. Disebabkan geram, aku membebel. Selepas talian ditamatkan, aku lihat GPS, Klang Sentral ke sana, 12km. Aku check Klang Sentral ke Bandar Baru Klang, tempat firm kedua ialah 10km. Nampaknya Bukit Tinggi dan Bandar Baru Klang tidak jauh rupanya. 


Pertimbangan aku mula kacau. Aku mulanya mahu mengambil mereka di sana, datang semula ke terminal bas dan barulah bertolak semula ke firm tersebut, namun, aku diajak untuk sembahyang terlebih dahulu. Aku akur. Izzah kuminta tinggal di kereta memandangkan dia sudah solat ketika kami makan.


Selesai solat, Fais mencadangkan aku tidur. A good idea memandangkan aku sememangnya mula rasa badan sudah letih. Aku lelap sejenak melandaikan tubuh di permaidani surau.


3.10 petang - Bertolak ke Bandar Baru Klang

"Aziz, bangun." Kejut Fais. Jam sudah 3.05 petang. Badanku terasa cergas. Almost fully charged walaupun tidur 30 minit. Temujanji pukul 3.30 petang. Sudah lewat untuk meneruskan plan asalku. Terlalu memakan masa. Oleh itu, aku minta Fais, Fikri dan Izzah pergi dahulu ke syarikat untuk meneruramah tanpa kehadiran ahli-ahli kumpulan tiga yang lain. 


3.35 petang - Bertolak ke Jusco Bukit Tinggi
3.50 petang- Bertolak ke Bandar Baru Klang semula
4.10 petang - Tiba di Syarikat Kumpulan Jurunilai
 

Sesudah sampai di sana, kami bertiga masuk ke dalam bilik tetamu. Ketika aku menghampiri meja, masing-masing ahli kumpulan kami yang tiba awal sedang mengubah kedudukan kerusi. Fais dengan sopannya meminta aku duduk di tepi Penilai Berdaftar yang sedang ditemuramah. Keji! Dia duduk paling jauh sekali di meja kaju berbentuk lonjong itu.


Temuramah itu berjalan dengan lancar, walaupun beliau kelihatan agak angkuh ketika berbicara. Walau apa pun, Fais, Fikri dan Izzah telah terlebih dahulu mendapatkan semua bahan sebelum kehadiran kami bertiga lagi! Good job!

5.50 petang - Selesai temu bual bersama Kumpulan Jurunilai
Kami lelaki saling berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing membuat muka, "So, apa kita nak buat sekarang?" 


Kemudian, Tasha memaklumkan bahawa dia tiada pengangkutan pulang ke rumahnya. Ditanya padanya samada alternatif ke rumahnya bagaimana, dia jawab boleh sahaja naik bas, tetapi bas lompat. Well, dia perempuan dan hari sudah mau malam. Jadi, kami tak berapa yakin akan pilihan itu.


Otak ligat berfikir. Bila dilihat pada keadaan tersebut, kami sekarang mempunyai Myvi dan Saga sahaja. Kelebihan aku ialah aku mempunyai GPS, jadi peratus nak sesat tu tipis. Kelebihan Fais ialah kelajuan kereta dia yang mampu mencecah sekitar 200km sejam. Nampak gaya, dalam situasi ini, untuk ke Tanjung Karang, tempat Tasya, GPS merupakan pilihan terbaik.


Aku tawar diri untuk menghantar dia pulang. Fifi dan Izzah bolehlah ikut kereta Fais. Lagipun, mereka belum ada tiket dan keluarga mereka mahu mereka balik pada hari itu juga. Ketika itu, aku sudah pasrah. Aku tau aku kena pikul tanggungjawab ini. Aku pinjam duit Fikri RM50 untuk menampung bayaran tol dan minyak.


Ketika aku mula melangkah ke arah kereta, Fais menyatakan cadangannya untuk turut serta ke Tanjung Karang. Semua orang ketika itu merasakan itulah pilihan yang menang-menang. Susah senang kita bersama kan?

6.00 petang - Bertolak ke Tanjung Karang

GPS menyatakan tempoh perjalanan yang bakal diambil ialah 1jam. Memandangkan kami tidak solat Asar lagi, kami telah berhenti di surau sekolah menengah di Kapar untuk melaksanakan kewajipan. Di sana, lantai surau itu berdebu hitam angkara lokasinya yang bersebelahan jalan raya. Jelaga-jelaga asap ekzos kenderaan menyebabkan lantai tersebut berdebu dan hitam kaki apabila dipijak.
Kami kemudiannya berhenti di Masjid Nurul Hasanah di Bukit Belimbing, Kuala Selangor untuk solat Maghrib. Imam di situ ketika itu meminta jasa baik jemaah masjid untuk mendoakan birasnya yang masih tidak menemukan penawar bagi penyakitnya yang sudah ditanggung selama 5 tahun.


Usai solat, kami singgah di Petronas Tanjung Karang. Di sana, mengikut informasi yang diberitahu Fifi dan Izzah, tiket terakhir pada pukul 12 malam. Kami kemudiannya nekad untuk menyempurnakan objektif kami di sana secepat mungkin.


8.50 malam - Tiba di Lorong Melati, Tanjung Karang
9.00 malam - Bertolak ke Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan

Fikri beritahu dia familiar dengan jalan Tanjung Karang ini memandangkan laluan ini yang digunakan ketikan hendak ke kampungnya. Dia memberi kami pilihan untuk melalui Ijok atau lebuhraya LATAR. Ijok mempunyai selekoh yang pelbagai manakala lebuhraya LATAR menyediakan laluan yang pasti tembus ke Selayang, kawasan yang familiar bagi aku dan Fik.


Pada awalnya, mereka bercadang untuk menurut GPS sahaja. Disebabkan aku pandu perlahan, rancangan ditukar serta merta. Sambil mengharapkan Fikri tunjuk jalan, Saga BLM itu seolah-olah diberi nafas baru. Bayangkan Fais boleh cilok sini sana dengan kelajuan 120 km sejam di jalan kampung. Mahu tidak mahu, aku perlu mengekor rapat dia. Alhamdulillah, semangat apa datang malam itu, aku selamat berbuat demikian. 


Kami mengambil keputusan untuk melalui lebuhraya LATAR. Kedua-dua kereta ditekan minyaknya sehingga kelajuan maksimum. Myvi 160km sejam manakala Saga 180km - 200km sejam. Alhamdulillah kami baik-baik sahaja.


Ketika tiba di flyover ke Bulatan Kuching, kami terlepas daripadanya lalu GPS memainkan peranan penting semula untuk capai destinasi.

Sepanjang dalam perjalanan di lebuhraya itu, dalam Myvi, kami bercerita tentang diri kami. Sebenarnya aku mahu meminta maaf kepada Fifi dan Natasha memandangkan kadang-kadang aku terlalu keras dengan mereka, tapi ego membuatkan aku payah nak ucap minta maaf. Hope korang berdua baca ni. Disebabkan itu, aku membuka cerita tentang pengalaman aku di sekolah dulu dan di UiTM dengan harapan, kami semua relax. Maklumlah nak cuba hilangkan risau tiket bas sudah habis pada malam itu.
Apa-apapun, malam tu, aku tak segan untuk ceritakan pasal diri sendiri, walaupun topik tersebut tentang pengalaman peribadi aku. Well, I have to give them something in order to win their hearts back kan? :P
 

 
10.30 malam - Tiba di Terminal Bersepadu Selatan

Setibanya di sana, kami bergegas membeli tiket. Fifi yang asalnya Johor sahaja berjaya mendapatkan tiket bas manakala Izzah tidak. Memandangkan Izzah tiada cara lain, dia pulang bersama Fais, balik ke Melaka. Fifi pula tiketnya pada pukul 12 pagi. Aku dan Fikri pula pulang bersama memandangkan kami rumah dekat-dekat sahaja.


Kami sempat makan di tingkat 1. Aku makan nasi campur ayam masak merah dengan teh O panas. Semuanya berharga RM 7.50.


11.30 malam - Perpisahan
11.58 malam - Tiba di Taman Melati, Setapak
12.02 pagi - Tiba di Taman Sri Gombak

Pada pagi itu, aku tidak dapat lelapkan mata. Kuhubungi Fais pada pukul 1 pagi, dia menyatakan dia sudah tiba di rumah. Begitu juga dengan Izzah. Fifi tiba pada pukul 3 pagi. Alhamdulillah.


Aku syukur kami selamat sampai. Aku tidak sangka yang hari itu aku belajar nilai erti pengorbanan sahabat yang sanggup mengenepikan kepentingan peribadi semata-mata untuk menghantar sahabat-sahabat mereka selamat tiba di rumah. Terharu.

Alhamdulillah, selamat kami tak mati tengah jalan. Itu je yang aku fikirkan sebelum mataku lelap, menutup tirai aktiviti pada tarikh 28 November 2011. LOL. Anyway, aku benar-benar menikmati pengalaman-pengalaman baru tersebut.

Sumber Gambar: Google Images 

Assalamualaikum.

P/S: Pasal dompet tu, ayah yang jumpa kat dalam Myvi, kat seat penumpang sebelah driver. Careless.

5 comments: