Myvi dan Saga BLM - Part 1

  • 3
Assalamualaikum.

27 dan 28 Disember 2011 merupakan hari yang memenatkan. I really mean it. Pernyataan ini dibuat disebabkan pada hari pertama, aku telah meninjau kawasan Sri Hartamas, Klang, Kajang dan Putrajaya manakala pada keesokan harinya, aku telah pergi semula ke Sri Hartamas dan Klang semula, ditambah ke Tanjung Karang dan Terminal Bersepadu Selatan. Talk about being on the road all the time!

Semuanya bermula apabila kami pelajar EM Semester 4 ditugaskan untuk menyiapkan tugasan Estate Agency Practice II - mendapatkan butiran-butiran maklumat profil syarikat. Pensyarah kelas aku menyatakan bahawa pemilihan syarikat hartanah di luar Perak akan mendapat markah bonus membantu kami untuk mendapatkan markah bonus.

Ahli-ahli kumpulan EA aku ialah Tasha, Fifi, Izzah. Kami telah menyahut cabaran beliau dan sebulat suara memilih Fivestar Properties dan Kumpulan Jurunilai sebagai pilihan syarikat kami. Kenapa buat appointment sampai dua companies? Supaya ada back up company sekiranya salah satu firm tidak memuaskan.
___________________________________________________________________________________

Nama-nama ahli kumpulan kami mengikut aturan kemunculan dalam entri Myvi dan Saga BLM:

Aziz: Si pemandu Myvi
Fikri: Si penjaga masa
Fais: Si pemandu Saga BLM
Izzah: Orang yang buat appointment dengan FiveStar
Natasha: Orang yang buat appointment dengan Jurunilai
Fifi: Orang yang memastikan kesemua berjalan lancar

27 Disember 2011

11.00 pagi - Bertolak dari rumah
11.05 pagi - Singgah di kedai Fikri


12.00 tengah hari - Mencari lokasi Five Star di Sri Hartamas

Time ni, dengan berpandukan gerak hati dan panduan yang Ayah pernah beritahu dulu, aku redah je ke sana. Secara tidak sengaja, aku telah tiba di kawasan tersebut. Namun, aku tidak sedar lalu keluar semula daripada kawasan tersebut walaupun ketika itu sudah menghidupkan GPS kereta. After 3 times making U turn repetitively and terlajak sampai ke Damansara, I managed to reach there AGAIN. Rupanya, nak ke sana, senang sangat. 15 minit je.

2.00 petang - Tiba di Plaza Damas, Sri Hartamas.

Tangkap gambar sikit untuk memudahkan pengecaman semula buat keesokan hari. Jalan jauh untuk sampai ke sini gara-gara aku parking kereta di luar plaza tersebut.


2.30 petang - Menghala ke Klang Sentral
3.00 petang - Tiba di Terminal A, Klang Sentral

Aku perasan yang Klang Sentral dekat dengan Jusco Bukit Raja dan banyak bertembung dengan lori-lori kilang.


3.30 petang - Tiba di Baru Baru Klang, kawasan Jurunilai
5.00 petang - Tiba di Beranang, Semenyih. 
Mengambil masa lebih dari sejam. Sesat sokmo kawe. Jumpa kawan hantar surat pengesahan pelajar. 

5.30 petang - Tiba di Putrajaya
Aku set GPS ke my favourite place, rumah. Disebabkan tak double check, aku follow je lah. GPS kata 15 minit je, rasa terkesima mendengar dekat je rumah dengan kawasan bukit Broga ni. Rupa-rupanya, aku telah tetapkan Jabatan Pendaftaran Negara sebagai rumah aku. Rasa nak nangis kat situ. HAHA.

6.45 petang - Tiba di rumah
11.00 malam - Jumpa Fikri, bincang soalan-soalan untuk ditanyakan.
Salah satu hasil perbincangan pada malam itu ialah kami bersependapat untuk berjumpa semula pada pukul 8 pagi esok hari.
1.00 pagi - Tiba di rumah

Alhamdulillah. Rasa syukur sebab tak sangka sampai rumah. Aku sedar, walaupun rasa letih, the thought of being home made me strong. 1 jam, 2 jam perjalanan balik rumah? Bring it on! I can endure it. There is no place like home :)

Assalamualaikum.

Sumber Gambar: Google Images 
P/S: What with the title? LOL. I went there with Myvi. Saga BLM akan muncul dalam part seterusnya!

3 comments:

  1. Tak sabar nak tunggu part seterusnye..hek hek

    ReplyDelete
  2. Part yang seterusnya macam diari dah. Still menaip!

    ReplyDelete