Forum Baitul Muslim 'Kau Pilihanku'

  • 0
Assalamualaikum.

Mulai 16 Mac 2012 sehingga 1 April 2012 ada berlangsungnya iFest (Islamic Festival atau Festival Islamik) yang menggabungkan tiga acara besar tahunan yang dianjurkan di Universiti Teknologi Petronas. Ladies' Valency 2012 akan menjadi acara pembukaan rasi diikuti Seminar Fiqh Dakwah Mahasiswa dan Heart 4 Islam sebagai penutup acara gilang-gemilang ini. Sebarang maklumat lanjut boleh didapatkan di blog rasmi iFest ye :)

Sumber Gambar: Rakan Masjid
____________________________________________________________________________________________

Cukup dengan pengenalan. Aku mahu fokuskan pada Forum Baitul Muslim Kau Pilihanku, acara pembukaan bagi Festival Islamik ini. Tahun ini merupakan tahun ketiga forum ini diadakan. Bermula pada tahun 2010, forum ini diperkenalkan bagi mendedahkan masyarakat akan konsep rumahtangga Islam itu sendiri, bermula dari pencarian pasangan sehinggalah kehidupan rumahtangga selepas kedua-dua pasangan itu dimeterai dengan akad nikah.

Sejujurnya, aku hadir ke sini selepas mendapati flyer promosi forum ini terselit di wiper kereta-kereta sekitar kolej kampusku. Memandangkan acara tersebut bermula pada pukul 8, aku telah bertolak dari UiTM Perak sekitar 7.30 malam.

Setibanya di Dewan Canselor UTP, aku berasa kagum akan infrastruktur bangunan itu sendiri. BESAR gila! Aku kemudian mendapatkan tiket di kaunter dengan bayaran RM5 dan melangkah masuk ke dalam dewan tersebut.

Tunggu punya tunggu, mau sejam lah jugak, akhirnya dewan itu penuh dengan manusia dan kebanyakkannya memakai baju Melayu beserta penutup kepala (kopiah, songkok dan serban). Pemakaian aku baju biru berkolar membuatkan aku kelihatan benar-benar orang asing dalam kelompok manusia pada hari itu.

Kira-kira pada pukul 9 malam, acara dilangsungkan. Instead of mencatit nota-nota penting dalam buku, aku mengambil keputusan untuk merakam video. Kesemua rakaman tersebut mempunyai saiz kira-kira 6G-7G. Fuhh! Itupun kena delete video-video yang dirasakan tidak penting dalam gajet tersebut.


Antara isi-isi penting yang aku terima pada malam itu ialah:
  1. Perkahwinan itu merupakan salah satu alat untuk masuk ke syurga.
  2. Sebagai seorang lelaki, aku seharusnya berhati-hari dalam memilih pasangan. Hal ini demikian kerana bakal isteri itu akan menjadi ibu kepada anak-anakku dan ibu ialah madrasah kepada anak-anaknya. Bayangkan sekiranya ibu salah mendidik, anak-anak akan membesar dalam suasana yang tidak baik.
  3. Cinta itu verb. Sebuah bentuk kata kerja. Perbuatan.
  4. Kita bertanggungjawab ke atas pasangan kita selepas menikahinya. Kita akan TANGGUNG kebajikannya dan menJAWAB kepada Allah tentang apa yang telah kita usahakan sepanjang perkahwinan itu untuk mengecapi syurga.
dan lain-lain :P

Di sini ada disertakan audio untuk acara tersebut. Audio Forum Baitul Muslim 'Kau Pilihanku'. Audio ini merupakan rakaman video yang telah diconvert kepada .mp3. 150+MB saiznya.

Link muat turun alternatif: Audio Forum Baitul Muslim 'Kau Pilihanku'.

Diingatkan bawah akan ada 3 parts di mana suara di dalam audio ini skip ke hadapan. Hal ini disebabkan rakaman video tersebut terhenti selepas penuhnya memori. Aku perlu kosongkan tab sehingga 4 kali untuk membuat ruang untuk merakam forum ini. Bila jadi camtu, ada part dalam forum yang aku tak sempat rakam. Sori :)

Semoga anda beroleh manfaat. Marilah Berkongsi Kebaikan!

Assalamualaikum.
____________________________________________________________________________________________
  Nice isn't? :P

No comments:

Post a Comment