Let Me Help You

  • 0
Assalamualaikum.

Minggu depan secara rasminya merupakan study week before kami pelajar Diploma UiTM menduduki peperiksaan. Oleh itu, aku ambil keputusan untuk pulang ke rumah. 
_____________________________________________________________________________________________

Pada hari Sabtu 3/3/2012, aku pergi ke Lowyat untuk claim hard drive, besides belikan printer cable dan 2 sets of printer catridges of 40 and 41.

Tentang hard drive tu plak, hard drive aku yang mengandungi semua gambar-gambar, video-video dan assignments aku dulu-dulu mengalami bad sectors. Bad sectors ini parts of hard drive ni sudah mengalami permanent damages.

So, aku pergi ke Viewnet 2 bulan lepas untuk dapatkan warranty bagi produk Samsung tersebut. Katanya, aku perlu tunggu 6 minggu untuk claimnya semula. 

Jadi, aku tunggu punya tunggu, akhirnya pada minggu ke-6, aku menerima mesej untuk mengambilnya, namun aku membuat keputusan untuk mengambilnya pada minggu ke-8 hard drive aku berada di premis Viewnet itu.

Berpandukan no lot premis tersebut di atas resit, aku mula mencari lot 32A di tingkat tiga. Aku kerap pandang papan tanda untuk mencari lot-lot yang terdekat. Ye lah, kalau kita jumpa dalam nombor dalam lingkungan 20-30, confirm dah dekat dah tu.

Aku pusing-pusing di tingkat tersebut beberapa kali, namun tidak ditemui juga. Sepanjang jalan itu juga, peniaga-peniaga di sana bersungguh-sungguh menarik perhatian aku untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.

"Bang, nak apa bang?"
"Ye encik, apa boleh saya bantu?"
"Bang sini bang, laptop murah."

Aku biarkan sahaja mereka, berpura-pura tidak mendengar kata-kata mereka sambil berlalu pergi.

 Abang baju hijau yang memudahkan urusan aku

Kemudian, aku lalu di lorong di mana kiri kanannya premis pembaikian gajet-gajet. Aku lihat premis-premis di situ kebanyakan dengan no. 32. Aku mula mempercepatkan langkah.

Kemudian, kedengaran suara seseorang di tepi aku.

"Boy, what do you want? Let me help you."

Aku teruskan berjalan sambil mata tertancap pada resit itu tanpa menoleh ke arah suara itu pun. Kemudian, dia bersuara,


"Boy, come here. You will not regret. You want to find Viewnet right?"

Aku memberhentikan langkahku. Aku menuju ke arahnya dan menantikan bantuannya.

"Boy, you want find the place right? Lemme tell you. You know the lifts right? You go there then you will find the place."

Aku berasa amat bersalah. Sekiranya aku terus sombong untuk mendengar panggilan orang tersebut, pastinya aku terlepas bantuannya dan akan mencari premis itu dengan lebih lama. Dia menyatakan ramai orang selalu terlajak sampai ke sana apabila cuba mencari Viewnet Service Centre tu. Aku kemudiannya berterima kasih padanya kerana sudi menghulurkan bantuan, walaupun aku langsung tidak membeli apa-apa produk daripadanya.

Beberapa minit kemudian, aku tiba di destinasi.

Viewnet Service Centre

Rupanya, lokasi dia betul betul sebelah Main Viewnet Centre =.= Aku memasuki premis itu dan aku menunjukkan resit. Kemudian, aku diberikan hard drive baru! Alhamdulillah.

Anyway, apa yang aku belajar daripada keberadaan aku di Lowyat ialah:
  1. Anda sombong, anda rugi.
  2. Jangan menilai orang yang memberi nasihat terlebih dahulu, lihat apa yang cuba disampaikannya.
  3. Monorail Jalan Imbi, time waktu puncak, memang padat!
Itu aje for now. Assalamualaikum.

P/S: Some pictures taken that day.









Dalam Putra LRT ke KL Sentral








Jalan Imbi Monorail. Dalam gambar ni, nampak takde orang, padahal kat belakang aku, beratus-ratus orang berkerumun di satu tempat. Aku terlepas 5 monorail ke KL Sentral disebabkan kesesakan yang menggila hari itu.






Kelana Jaya line / Putra line ke Gombak pada 7:36 p.m.

No comments:

Post a Comment