Cerpen Simfoni Cinta

  • 4
Assalamualaikum.

Cerpen Simfoni Cinta. Itulah nama electronic book (e-book) yang Ummi belikan untuk aku. This is my first paid e-book I ever had. Unit buku ini hanya ada 500 unit sahaja dalam pasaran. Jadi, aku dikira beruntunglah jugak ;)

Sejujurnya, memandangankan buku ni mengandungi 200+ halaman muka surat, berfailkan .epub dan dalam bentuk digital, pada mulanya aku berasa agak was-was samada aku boleh menghabiskannya atau tidak. Maklumlah, beban tugasan yang tidak putus-putus dan persediaan untuk ujian dan peperiksaan perlu diutamakan terlebih dahulu. Aku mula ambil inisiatif untuk membacanya sedikit demi sedikit. Seboleh-bolehnya satu cerpen dalam satu masa.

Selain itu, tema cerpen-cerpen tersebut ialah CINTA. Hilal Asyraf, penulis buku ini menterjemahkan cinta dalam dua kategori besar. Sesama makhluk yang cabangnya ialah sahabat handai, ibu bapa, berlainan jantina dan lain lain serta Allah, pencipta kita. 

Novel ini ada cerpen-cerpennya berkait dengan novel-novel Hilal sebelum ini seperti Takdir, Hero dan lain-lain. Jadi, bagi menambah feel CINTA dalam membaca cerpen Simfoni Cinta ini, anda digalakkan mendapatkan novel-novel tersebut. 

Gaya penulisannya yang ringan dan mudah diikuti buatkan aku tertarik. Melalui buku tersebut, aku mendapat gambaran sedikit sebanyak untuk apa erti cinta yang sebenarnya.

Apa yang aku peroleh daripada buku ini ialah: 
  1. Cinta Allah meliputi keseluruhan kehidupan kita. Samada kita sedar atau tidak, ketentuan Allah ke atas kita di atas dunia ini menunjukkan betapa kasihNya pada kita. 
  2. Kita takkan dapat membalas jasa ibu bapa kita walaupun sudah dirasakan setimpal usaha kita dengan pengorbannya.
  3. Sekiranya cinta, kita akan membawa orang yang kita cintai bersama-sama ke syurga.
Aku rasa syukur sebab berpeluang memiliki buku ini kerana selepas membacanya, persepektif cinta pada aku semakin luas. Bagi sesiapa yang tidak sempat mendapatkannya, nantikan cerpen Simfoni Cinta ini yang dibukukan. Dalam buku tersebut, khabarnya kurang lima (5) cerpen yang ada di dalam e-book ini, menjadikan pemilik-pemilik e-book sangat istimewa!

Overall, aku recommend buku ini buat sesiapa yang berminat dengan novel tarbiah Islamik dan mahu mengetahui apa itu cinta sebenar.

It is really a good read. 5/5 Just perfect for me.

Assalamualaikum.

P/S: Baru je habis baca. Beli 14 Feb 2012, habis 1 Mac.

4 comments:

  1. Saya tak berkesempatan lagi nak menghabiskan novel ini... Nampak best bile baca saudara punye feed back tntang novel ni... Buat saya tak sabar nak habiskan...

    ReplyDelete
  2. wa'alaikumussalam. berapa ye harga nye?

    ReplyDelete
  3. #Qalam Asysyarn Ambil masa untuk faham apa yang dituliskan, and muhasabah diri. Jujur cakap, seronok baca tafsiran org ttg cinta ;-)

    ReplyDelete
  4. #ciksukaberangan Rm 19.90, tapi dapat half price for being 20 orang yang pertama.

    ReplyDelete