Bumiputera Property Exhibition (BPEX)

  • 0
Assalamualaikum.

Bersama-sama dengan keluarga, aku pergi ke Mid Valley bagi tonton wayang dan singgah MPH Bookstores.

Aku tahu hari Ahad pasti Mid Valley Megamall lambak dengan orang, maklumlah hari minggu. Namun, aku tidak tahu pula tentang pameran harta tanah Bumiputera atau Bumiputera Property Exhibition (BPEX) di Mid Valley Convention Centre sejak 13 April - 15 April 2012 ni!

Buat pengetahuan semua, BPEX ini ialah pameran yang mengetengahkan hartanah daripada pelbagai pemaju untuk menjual lot Bumiputera kepada pembeli yang berpotensi. Pameran ini dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu, Kuala Lumpur, Selangor dan Lembah Klang. 

Selain itu, aku sebagai pelajar diploma dalam pengurusan hartanah, aku berasa bertuah mendapat peluang mengunjung pameran ini untuk menambahkan ilmu. 

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam pameran, aku terpinga-pinga dengan apa yang patut aku lakukan. Nak bertanya pada mereka, langsung tiada soalan-soalan yang terlintas. Aku perlu baiki kemahiran sosial nampaknya :|

Apa-apapun, bagi mengelakkan pembaziran masa, aku sibuk tangkap gambar, ambil brosur dan kad-kad. Semuanya adalah untuk dijadikan rujukan dalam memahami bidang ini nanti.

Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat diambil ketika berada di sana.

Ammar dibawa sebagai teman *pegang brosur*

Senarai pemaju tanah dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan hartanah 1

Senarai pemaju tanah dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan hartanah 2

 Projek Metropolitan SQ @ Damansara Perdana

 Projek Areca @ Bandar Seri Coalfields, Sg. Buloh

 Nice condominum isn't?
 
A huge mock up!

 Brosur-brosur yang diambil daripada booth-booth pemaju :P

Hasil daripada lawatan ke pameran, aku dapati wakil-wakil pemaju semuanya berpakaian kemas dan segak. Noted. Selain itu, mereka menarik minat bakal pembeli dengan kepetahan bercakap dan keyakinan terhadap hartanah mereka sendiri. Penggunaan bahasa Inggeris mudah turut digunakan, ayatnya senang tetapi padat dengan informasi.

Bagi orang lalu lalang yang berminat, mereka kelihatan memfokuskan pada kriteria kemudahan berdekatan, jalan perhubungan dan daya tarikan yang tersendiri pada hartanah tersebut. Harga juga merupakan faktor penting bagi mereka tetapi tidak menjadi keutamaan memandangkan mereka menumpukan pada hartanah yang berbaloi untuk dibeli (worth money).

Satu jam berada di sana merupakan keseronokan bagi aku. Terasa tidak sia-sia mendengar cakap Ummi supaya menangguhkan niat untuk pergi ke Mid Valley pada hari Jumaat dek hujan :)

Assalamualaikum.

P/S: Berikut ialah tarikh-tarikh pameran BPEX yang seterusnya. (Sumber: BPEX

  • Tarikh:  14 & 15 July, 2012
  • Tempat:  Legar Putra, Putra World Trade Centre (PWTC)
  • Masa: 10:00 am to 09:00 pm
  • Tarikh: 23-25 November 2012
  • Tempat: Hall 3, Mid Valley Exhibition Centre (MVEC)
  • Masa: 10:30 am to 09:30 pm

No comments:

Post a Comment