Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

  • 0
 
Assalamualaikum.

Berita baik buat rakyat Malaysia! Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 atau dalam bahasa Inggerisnya, Kuala Lumpur International Book Fair 2012 akan diadakan di PWTC, Kuala Lumpur Malaysia bermula pada 27 April sehinggalah 6 Mei 2012. 10 hari tu! 

Pada hari bekerja (Isnin-Jumaat), pesta tersebut diadakan bermula 10 pagi sehinggalah 7 malam manakala pada hari minggu dan cuti umum (Sabtu dan Ahad), pukul 10 pagi sehingga 9 malam. 

Pesta buku terbesar di Asia Tenggara ini pada tahun ini menggunakan tema 'Buku: Dunia Tanpa Sempadan".
Pada pendapat aku, berikut adalah sebab-sebab mengapa kita perlu mengunjungi pesta ini. 

1. Harga buku murah. Sudah menjadi kebiasaan di pesta buku, bahan-bahan bacaan tersebut dijual jaul lebih murah berbanding harga di pasaran.

2. Jualan buku-buku yang pelbagai. Terdapat 760+ gerai syarikat tempatan dan lebih 80+ gerai kerajaan dan agensi asing. Kategori buku-buku yang ada di sana ialah kategori umum, falsafah dan psikologi, agama, sains sosial, bahasa, natural science dan matematik, teknologi, sains gunaan, seni, sastera, geografi dan sejarah, kanak-kanak, fiksyen dan bukan fiksyen dan trade

3. Acara-acara menarik. Bagi meningkatkan jualan buku-buku pada hari tersebut, terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Antara program-program yang ada ialah permainan, pelancaran produk dan buku baru, sesi motivasi, quiz, demontrasi memasak, forum dan diskusi, sesi autograf. Buat anda yang mahu jumpa penulis kesayangan, rajin-rajinlah check internet dan tengok tentatif booth-booth penerbit dan pengedar sepanjang minggu!

4.  Menambah koleksi bacaan ilmiah. Selalunya, meskipun aku singgah di kedai buku besar untuk cari certain books, the books are not there. Barangkali aku boleh cuba cuba nasib untuk mendapatkan buku-buku tersebut. Cetakan semula Tarbiyatul Aulad fil Islam rasanya dah ada kot sekarang ^_^

Selain itu, di sini aku sertakan sekali senarai pempamer-pempamer dan lokasi mereka yang terlibat dan menjayakan pesta ini. Klik pada gambar, kemudian Right click dan View image untuk paparan lebih besar.
___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

Sumber: KLIBF2012 dan Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Semoga anda semua beroleh manfaat daripada entri ini.  

Assalamualaikum.

P/S: Minat mengulas menjadi-jadi tahun ni =_=

No comments:

Post a Comment