Android Apps

  • 5
Assalamualaikum.


Beraya di kampung, aku lihat saudara-saudara wakil setiap keluarga ada tab, either Ipad atau Samsung Galaxy Tab, semua leka main Minecraft LAN bersama. Bila tengok apps diorang, fuh! game dia banyak weh! Lagi-lagi adik aku Ayai, satu page tu game aje.

Bila tengok diri sendiri punya gajet, game apps ada dua je. Cehh! Game dulu-dulu buang, nak jimat usage of device memory.

Seminggu lebih berada di rumah, aku dah pasang niat awal-awal sebelum sampai rumah nak kemaskini content tab. Jadi, setibanya dari kampung, berbekalkan mental outline untuk apps yang nak dimuat turun, aku mula buat pencarian. Apps yang aku berminat ialah: 
  1. The Dark Knight Rises - Minat trilogi Batman punya pasal. 
  2. Asphalt 7 : Aku jangka game ni best sebab Asphalt 6 memang best! 
  3. Spider-Man : Nak rasa macam mana bergayut macam Spidey. 
  4. Final Fantasy III : Minat pada game RPG, evolution and such. 
Momen aku untuk mencari apps tersebut tidaklah susah memandangkan internet tu piracy warehouse. Hampir kesemua apps di pasaran semua sudah digodam. Paid version can be accessed freely. Secara asasnya, aku tidak akan rugi dalam apa jua keadaan.

Malangnya, all searches lead me to require a rooted android device baru boleh main. 'Root' ni istilah lebih kurang macam Jailbreak buat Android. Rooting boleh batalkan warranty dan sekali silap setting, gajet Android korang tidak akan berfungsi seperti biasa. Sememangnya tidak disyorkan kepada rooting noob seperti aku.

Pernah juga terfikir nak root gadget ni sebab warranty dia pun setahun je. Tinggal lagi 5 bulan je lagi, so apa salahnya kan? Setelah tanya dengan orang-orang di Wangsa Walk, mostly mereka tak galakkan rooting unless I'm an expert. 

Kat sana juga, ada abang ni, bila ditanya samada apa tak app yang boleh mudahkan aku download apps free, dia jawab, cuba guna BlackMart Alpha. Bila ditanya harga untuk app tu, dia kata RM30. Cehh. Lima saat selepas aku berlalu pergi dari boothnya, aku browse app tersebut dan aku muat turunnya tanpa keluar satu sen pun. Nak buat duit atas angin konon.

Cari punya cari, akhirnya keywords aku menemukan aku dengan forum Mobilism. Alhamdulillah di sana, aku dapat tahu apps yang aku nak ada for non-rooted downloads & laman web China Muzhiwan, yang banyak membantu crack apps.

Setelah lama memuat turun, ini hasilnya. Games yang ada di sini adalah seperti berikut (dari atas ke bawah, dari kiri ke kanan):

1. Asphalt 7

Kereta-kereta dalam game ni menjadikan app ni berbaloi didownload. Sport luxury cars! Dalam siri kali ini, banyak features yang ditambah berbanding di dalam Asphalt 6.

Gameplay dia pun still the same and that's the best!




2. Call of Mini Zombies

Game ni merupakan rumusan kepada semua game first person shooting yang telah didownload. N.O.V.A 3, Modern Combat 3 dan Shadow Gun sudah pun dicuba, tetapi aku kurang ngam dengan gameplaynya yang lama. Jadi, aku keep the simplest storyline of FPS game dalam tab ini.





3. Spider-Man

Time ni aku tengah test junamkan diri, free fall dive. Game ini berdasarkan reboot filem Spider-Man yang terbaru, The Amazing Spider-Man, bukan yang arahan Sam Raimi tu. Siapa yang nak explore New York dengan we-slinging, anda digalakkan main game ini!





4.Speedball 2 Evolution

Game ini pengganti PES2012 yang sudah dihabis main. Main dia macam bola baling tetapi lebih brutal. Tackles dan slides adalah dibenarkan. Ada powerups yang membantu players untuk menjaringkan gol!







5. The Dark Knight Rises

My favourite superhero is here! Dibikin oleh Gameloft, the game developer for Spider-Man juga. Aku baru main sedikit dan first impression aku ialah the exploring Gotham sangatlah cool dengan grappler hook dan gliding!






6. Reckless Getaway

Mengenai kereta yang menggelabah lari daripada ditangkap polis dan wrecked.

Button gameplay dia ada dua, kiri dan kanan. Senang for all.

Sekiranya anda berminat, jangan lupa main Reckless Racing juga! Adik-beradik.



7. Anomaly HD

Apa yang membezakan game Tower Defence dengan game ini ialah dari segi perspektif player kita. Instead of jadi towers, kita yang bina troops kita untuk hancurkan TD!
Grafik lawa, perlukan analytical planning, a game indeed for me!






8. FANTASYxRUNNERS

First time main game genre macam ni. Kita, main watak heroes, kerja kita lari saja, sambil capai objektif. Setiap heroes berbeza kuasanya. Great for killing time!








9.Everlands HD

Aku suka game yang simple dan tak ambil masa untuk completekan each missions. Bila aku dapat tau game ini kat Google Play, aku fikir, apalah developer fikir buat game budak-budak macam ni.

Bila aku give a try untuk game, my sceptical view berubah.

Game ini seronok sebab kita kena rancang macam mana nak beat the evil animals (warna ungu) by using each animal' powers to beat them.

Nombor warna hijau itu nyawa mereka, warna kuning itu nilai serangan mereka. Kuning segi tiga menandakan arah mana yang mereka boleh attack.

Cubalah!






10. Backstab HD


Bayangkan game Assassin Creed. Dah? Tambah element lanun dan buccaneer! Syok weh.

Grafik dia, fuh! Tiptop! Kalau korang rajin men game adventure, insyaAllah game ini memang untuk anda. Vengeance!




11. Minecraft Pocket Edition

Buat sesiapa yang main mod survival dalam game ini, cut(punch) the damn trees first! HAHA. Aku selalu mati sebab takde senjata. Balak membolehkan korang buat alatan.

Dalam gambar ini, boleh lihat aku buat pagar sekeliling aku untuk halang zombie serang pada waktu malam! Kalau reti, boleh buat LAN sekali. Best! Boleh bina our dream structures kat sini sama-sama.

Apa yang aku dapat simpulkan dalam usaha aku memasukkan cracked apps ini ialah keep trying even the odds are against you, just like I did. Internet ini luas sangat. Kalau tak jumpa dalam forum English, pergi bahasa lain. Confirm ada punya!

Semoga kita bertemu lagi!

Assalamualaikum.

P/S: Aku berjaya download Final Fantasy III tapi kemudiannya aku buat keputusan untuk padamkannya. Aku kurang masa untuk menghadap tab, main game RPG tu. HAHA.

5 comments:

  1. knpe delete Final Fantasy III?! ala..

    ReplyDelete
  2. Boleh tak buat tuto mcm mana nk buang games dalam samsung galaxy tab 2 sebab to much games laa. Penuh sangat =="

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara paling senang nak buat, tekan setting > applications > uninstall lah memana apps.

      Delete
  3. Bro..nak delete folder yg kita dh create mcmana ye? Try drag msuk dlm remove bin tetap ada jugak ni..harap bgi pencerahan..

    ReplyDelete