Di Bawah Satu Bumbung

  • 0
Assalamualaikum.

Pada 22/8/2012, aku sekeluarga pergi ke Midvalley untuk menonton wayang. Ummi Ayah Expendables 2, aku dan adik-adik Ice Age 4. Hm, filem animasi tersebut tu boleh tahanlah, 6/10 maybe? Cerita tu merupakan pengalaman pertama menonton filem tersebut walaupun telah masuk installment yang keempat! 

Selepas tamat tayangan, pergi ke surau, aku pun solat Zohor bersendirian. Then, ada makmum ikut pada rakaat ketiga.

Selesai solat, sedang menyarungkan selipar di luar surau, Ammar, adik bongsu aku pun tanya,

"Abanglong jadi imam ke tadi?"

"Ha'ah. Nape?"

"Dia kenal banglong ke?"

"Tak."

"Macam mana abanglong tau dia ikut banglong?"

"Dah dia tepuk bahu banglong, so, banglong tahulah dia nak semayang sama. Tak semestinya tepuk, asalkan kita inform si imam kita nak follow dia pun dah cukup. Ada yang bentang sejadah sebelah supaya orang tu tau kita nak follow dia."

Selepas penerangan yang ringkas itu, raut muka Ammar yang tertanya-tanya itu hilang. Dah cerna ilmu baru lah tu.


Time sembang ngan dia, aku terfikir, why on earth strangers put the faith on another stranger to be imam, untuk mengetuai dia untuk melakukan salah satu rukun Islam, perkara penting tu! Kemudian, aku dapat jawapan selepas tamat berbual ngan Ammar, Allah kasi ilham nampaknya ^_^

Apa yang dapat rumuskan jawapannya ialah apabila seseorang itu mengucapkan kalimah syahadah, dia telah pun mengikat tali persaudaraan dengan berbillion umat Islam yang lain. Itu yang menariknya dengan Islam. Ukhuwah - ikatan antara sesama muslim tanpa mengira perbezaan fizikal dan lain-lain. Dalam bahasa Inggerisnya, brotherhood.

Bila dah terbentuk ikatan tu, mereka akan rasa muslim lain rapat dengan mereka, maklumlah disatukan di bawah payung kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah itu satu dan Muhammad itu pesuruhNya.

Mungkin itu juga jawapan kepada Ammar tadi di mana dia tanya, "Dia kenal banglong ke?" Patutnya aku jawab, "Tak pun, tapi dia tau abanglong Muslim. Itu pun dah cukup. Mungkin kitorang berbeza daripada segi bangsa dan bahasa, as long as dia nampak abanglong perform the prayers, dia automatik tau yang abanglong ini orang Islam dan kami masing-masing menjadikan Islam itu panduan cara hidup sejagat, itu pun lebih dari cukup." Tapi mustahil nak jawab macam tu kat Ammar, tercengang dia dengor. Hehe.

Itu sahaja. Selamat Hari Raya Aidilifitri. Semoga Allah menerima amalan kita.

Assalamualaikum.

They asked me what about the Hajj had impressed me the most. . . . I said, "The brotherhood! The people of all races, color, from all over the world coming together as one! It has proved to me the power of the One God. . . . All ate as one, and slept as one. Everything about the pilgrimage atmosphere accented the Oneness of Man under One God. - Malcolm X

No comments:

Post a Comment