Within 48 hours (Serenity)

  • 5
Assalamualaikum.

Pada 21 September yang lepas bersamaan hari Jumaat yang lepas, hari tersebut merupakan hari terakhir kuliah aku sebagai pelajar Diploma. Maklumlah lepas ini, aku akan menjalani latihan industri.

Pada hari yang sama juga, aku bercadang untuk lapangkan otak dan mengajak beberapa kawan untuk turut serta pulang ke kampung halamanku di Pahang iaitu Cameron Highlands!

Bersama-sama Fildaus, Raz dan Fathi, kami bertolak dari kampus selepas solat Jumaat. Perancangan kami pada waktu itu ialah bersiar-siar dan aktiviti kemuncaknya pergi ke Gunung Brinchang!

Sebelum pergi terus ke sana, kami singgah di Air Terjun Lata Kinjang terlebih dahulu. Dari pemerhatianku, di sana ada timbunan pasir untuk tujuan pembangunan tidak jauh dari sungai. Kami mandi di bawah air terjun itu sendiri. Sejuk bukan main!

Kami telah pergi ke jambatan gantung yang menyeberangi air terjun tersebut. Our first reaction was Subhanallah, lawanya. Dulu, sejak semester 1 lagi, aku selalu tertanya, air terjun apa yang kitorang selalu nampak time on the way dari Kuala Lumpur ke Perak, kata mereka ketika itu, air terjun tersebut ialah Air terjun Lata Kinjang.  

Sejak dari saat itu, aku selalu idamkan sampai di sana. Takjub memang menyelubungi diri.

Aku juga perasan yang badan dah tercungap-cungap naik tangga bersebelahan air terjun tersebut. Baru sikit dah cungap, ini belum lagi nak daki Gunung Brinchang! Ketika itu, niat untuk daki dah mulai susut dan aku bercadang naik ke atas naik kereta sahaja :P Gambar di sebelah kiri merupakan foto panorama menegak air terjun Lata Kinjang. 

Panorama sungai. Daus dan Raz. Fathi dah naik tangga awal-awal.
 Daus si tapak sulaiman
 Raz yang kesejukan


Cubaan memanjat batu yang berlumut
 

 Nak jugak masuk dalam kamera :P
Naik tangga penat-penat, last-last terduduk kepenatan. It's worth it!

Gambar air terjun dari jambatan gantung

Kami kemudiannya pergi ke Cameron Highlands dengan melalui Jalan Chenderiang Lama dan kemudiannya naik ke sana melalui laluan Tapah. Dua jam kemudian, kami singgah di gerai Atuk dan Opah. Memandangkan keadaan Cameron yang sejuk itu membuatkan kami lapar, kami singgah di gerai berhampiran untuk makan malam.
For One Piece lovers, yeah, that's Trafalgar Law hoodie
Bergambar sebelum makan

Di sana kami menanyakan orang tempatan tempat karaoke yang best. Katanya, ada tiga. Di Tanah Rata ada satu, deret cyber cafes dan dua lagi open karaoke, di golf satu dan di Equatorial Hotel. Kalau open, way cheaper. Sembang punya sembang, kami prefer karok dalam bilik. 

Yang tak bestnya, karaoke di Tanah Rata paling murah RM25. Itupun satu bilik sahaja disediakan dengan harga sedemikian. Kami bayar RM30 tetapi kualiti bilik tersebut sangatlah tidak memuaskan. Jadi, aku memang tidak recommend sekeras-kerasnya bagi mereka yang ingin berkaraoke di situ.

Malam itu, kami tidur di rumah Atuk dan Opah. Mereka (Daus, Teehee, Raz) bila dapat katil, menggeliat sini sana sebab selesa dapat tidur dalam bilik berhawa dingin katanya.

Keesokannya, 22 September 2012, selepas sarapan pagi, kami berbual dengan Atuk dan Opah. Salah satu pesanannya ialah bila dah kerja nanti, berilah wang kepada ibu bapa kita. Walaupun mereka ada duit sendiri, mesti kasi juga. Cukuplah kata kepada mereka, "Ayah Ummi, ini duit minum petang." Sejuk hati mereka kata Atuk. Selain itu, Atuk juga ada cakap, kalau nak mak mertua sayang kita, kita kena kasi duit kat dia dan pasangan kita kasi duit kepada parents kita. Barulah nampak usaha menjaga hati keluarga mertua.
 
Gambar keadaan di belakang rumah selepas hujan

Kami kemudian menghala ke Gunung Brinchang untuk melawat puncaknya.

Dalam perjalanan ke gunung
Singgah di Ladang Teh BOH
Beralun beb!

Kami kemudiannya singah di lokasi lain. Jalan di sini memang sempit. Silap bawak, boleh jatuh gaung. Curam. Masing-masing bawak kelengkapan masing-masing, tikar, makanan, botol air menaiki bukit ini.
Very steep you know! Lebih dari 45 darjah rasanya
Letih bukan main
The view from the spot we were standing

Selepas naik selama 3 minit, ada pakcik India turun bukit, kami tanya, "Ini ke Gunung Brinchang?" Dia menafikannya, katanya ini pusat penyelidikan dan menunjukkan arah yang betul. Fuhh! Kami terus beredar dari situ.

Kami tiba di Mossy Forest pula. Kami berhenti menumpang tanya pemandu pelancong di situ. Katanya Gunung Brinchang di atas lagi, kami teruskan perjalanan kami tanpa menyedari yang pemandangan paling lawa di Gunung ini ialah di Mossy Forest sendiri! Menyesal bila tau tak berhenti di situ.

Selepas beberapa kilometer kemudian, kami tiba jua!

Tinggi tangga menara peninjaunya! Tangganya pun incline for more than 50 degrees. Di sini baru aku tau yang aku sebenarnya gayat tinggi. Lutut menggeletar.
My current DP


Kami tidak jadi berpiknik di sana memandangkan tiada tempat yang luas untuk kami nikmati pemandangannya ketika duduk berpiknik. Kami pulang ke Taman Sedia semula untuk pergi ke KHM, kedai strawberi.


Nak cari homestay di Cameron Highlands? Sila hubungi 017-2725107 untuk tempahan ASZI ataupun FAUZIZ homestay ye, tempat kami menginap :)

Kami berjalan kaki ke kedai strawberi tersebut. Setibanya di KHM, kami order satu set strawberi bersama coklat. RM12.

Aiskrim dan fillingnya! Sedap!
Makanan di atas meja
 
Moh makan!

My kampung

Disebabkan terlalu letih berjalan, kami berehat di rumah seketika. Aku duduk atas sofa, mengupload gambar. Yang lain, nyenyak tidur. Sekitar 3.30 petang, kami pulang ke kampus melalui jalan ke Brinchang - Simpang Pulai.

Kami singgah di Kea Farm bagi mencari cenderahati. Di sana, hanya Daus dan aku sahaja yang keluar kereta. Aku mengajak dia untuk teman tawar-menawar. Aku kurang sikit dalam menekan orang untuk kurangkan harga. Ketika beli jagun bakar dan ubi rebus, Daus gunakan kelebihannya bertutur dalam loghat Kelantan untuk kurangkan harga. Alhamdulillah. Apa-apapun, jagung bakar sana mahal! RM3.50.
Sebelum kami meninggalkan gerai makanan tersebut, abang tu bertanya,

"Mana beli baju?" Aku ketika itu sedang memakai baju One Piece kelabu. "Er, beli kat KL." "Oh, ye ke? Baju tu susah dapat tu." Perbualan kami tamat di situ. Now, I know the value of my shirt. Thanks to my uncle sebab hadiahakan baju ini :)

Sepanjang perjalanan dalam kereta, aku tidur. Aku cuma tersedar bila dah sampai Simpang Pulai. Aku teringat pelawaan Paklong untuk singgah rumah mereka. Aku ingat Restoran Karisma sahaja dan kawasan rumah mereka Jaya something. Alhamdulillah, kami sampai juga di kawasan rumahnya dengan sekali attempt. Apa yang aku pelajari di sini ialah niat itu penting. Walaupun niat aku untuk ziarah takdelah kuat mana, tapi Allah tetap mudahkan pencarian rumah mereka. Terima kasih kerana layanan baik Paklong sekeluarga :)

Selesai menunaikan solat jamak, kami pulang ke kampus. Alhamdulillah, kami selamat tiba.

Apa yang aku dapat daripada cuti sehari ini ialah sebagai anak muda, aku kena rajin menadah ilmu dari mereka yang berpengalaman. Mereka ini sudah banyak merasai kejayaan dan cabaran dalam hidup. Tidak salah untuk kita meluangkan masa dengan mereka dan ambil ikhtibar daripada kisah mereka.

Selain itu, aku belajar untuk menghargai apa yang berlaku dalam hidup ini. Terlalu banyak keagungan Allah untuk kita muliakanNya dan sangatlah teruk diri ini kerana sangat kurang memuji kebesaranNya.

Tamat sudah. Assalamualaikum.

5 comments:

  1. peh seronok gila2. latar kijang is the best destination for water falling in the down located nearest tapah / camerunnnn. hihi :)

    ReplyDelete