10 Tahun Dari Sekarang

  • 0
Assalamualaikum.
[Mengintai masa hadapan - Sumber gambar: Tibbr.com]

Angan. Satu bentuk pembawaan minda kita jauh daripada realiti sedia ada. Ada yang suka, ada yang tidak. Visualisation. Gambaran. Perkataan yang sama. Penggambaran keadaan yang akan berlaku dalam jangka masa hadapan. Dua perkataan yang ditebalkan tersebut merupakan kunci untuk menjadikan fantasi menjadi realiti! 10 tahun akan datang. Aku gambarkan diri aku menjadi seperti ini. 

* * * * * * * * * *
  
Pada masa itu, aku sudah menjadi jutawan, hasil pelaburan hartanah yang dimulakan sembilan tahun sebelumnya. Hartanah yang dimiliki itu pelbagai, landed, strata semua ada. Untuk jangka masa panjang, aku memperbanyakkan rental properties supaya duit poket bulanan selalu terisi. Ketika itu, kredibiliti aku sebagai seorang ejen hartanah terbukti dan networking jauh lebih besar berbanding sekarang. Aku sudah menjadi Penilai Berdaftar. Bekerja sendiri dan memiliki staf-staf yang bersemangat melaksanakan kerja demi kepentingan diri dan syarikat.

Dalam konteks diri, aku mengikuti usrah. Bacaanku al-Quran lancar dan rajin membacanya.  rajin menghadiri masjid, regular hadirkan diri kuliah agama, ringan tangan bersedekah, senyuman melekat di pipi, rajin menyertai aktiviti komuniti dan orang senang dengan peribadi aku. InsyaAllah, aku giat dakwah melalui hartanah.

Dari konteks keluarga, giliran aku membalas jasa baik ibu bapa. Aku santuni mereka. Lawat selalu. Kasi duit kat mereka. Jaga kebajikan keluarga. Andai mereka telah meninggal dunia, aku mahu jadi orang yang memandikan mereka dan mengimami jenazah mereka (sekarang tak reti-reti lagi). Masa itu, kalau Ayah dah tiada, aku pikul tanggungjawab untuk mewakilkan diri merisik untuk adik-adik.

Pada masa itu, aku menetap di Kuala Lumpur atau pun Selangor. Dua orang anakku membesar baik dan pembentukan peribadi mereka diasuh untuk menjadi seorang yang matang. Seorang anak yang berada dalam kandungan pula menunggu untuk dilahirkan. Isteriku pula bahagia bersama. Dia rasa cukup seadanya dan kami bersama-sama menyempurnakan tujuan mendirikan rumah tangga - mendapatkan keredhaan Allah dan membimbing antara satu sama lain untuk melangkah ke syurga. Habis degree 4 tahun, setahun bekerja, lepas tu kahwin >.<

* * * * * * * * * *

There you have it. I have done it. I have posted my future self depiction. It's time to make it real or I will read this post in the next 10 years and feel sad for not doing anything to achieve such achievement! Nevertheless, I do love myself ;)

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment