Latihan Industri

  • 1
Assalamualaikum.

Salam Maal Hijrah! Buat pengetahuan korang, aku akan menjalani praktikal bermula bulan Disember ni. Cuak? Sure.Tak sabar nak gunakan ilmu yang dipelajari dalam latihan industri nanti.

Aku sedar bahawa sebagai pelajar yang belajar tentang pengurusan hartanah, kerjaya penilai, ejen hartanah, property manager, consultant, property analyst adalah antara peluang pekerjaan yang terbuka bagi kursus ini. Oleh itu, dalam semester ini, aku sudah seharusnya meletakkan niat untuk mengkhususkan bidang apa yang mahu aku ceburi. Set up my niche.

Jujur aku kata, minatku cenderung kepada Estate Agency. Walaupun aku jenis yang introvert, aku suka jumpa orang. Macam-macam ragam dan kehendaknya. Ejen hartanah ini kerjanya menjadi orang tengah kepada transaksi hartanah antara pembeli dan penjual. Tak sabar nak jadi pemudah cara bagi urusan jual beli yang ingin dilakukan! Bila close a deal, mesti rasa berpuas hati dan lagi-lagi receive komisyen setinggi 3% untuk sesebuah hartanah. Walaupun begitu, sesiapa sahaja boleh jadi ejen hartanah. Siap illegal lagi.  

Malaysian Institute of Estate Agents, satu badan ejen hartanah selalu hadapi masalah nak bendung illegal estate agents ini memandangkan mereka ini tidak kadang-kadang nak buat fast money sampai menyalahi etika seorang ejen hartanah professional. Bila masyarakat melihat prestasi ejen sebegitu, hal ini akan menimbulkan stigma yang semua ejen ini hanya tahu menipu untuk wang. Mana tak bengang.

Walaupun estate agent itu minatku, aku masih mempertimbangkan untuk menjadi penilai. Apa yang seronok dengan kerjaya penilai ini ialah seorang Registered Valuer boleh menjalankan estate agency sebagai Registered Estate Agent dan juga property management sebagai Registered Property Manager. Kiranya lesennya besar. Memiliki lesen Registered Estate Agent semata-mata tidak membolehkan kita membuat penilaian hartanah sah di sisi undang-undang. Hanya Registered Valuer sahaja. Itu yang menarik dengan kerjaya ini.

Ramai pensyarah aku mencadangkan kami yang berada dalam kursus ini untuk mempraktikkan Valuation dan bukan sahaja estate agency semata-mata kerana penilaian inilah bidang yang esklusif untuk kami semua. Yang tidak belajar penilaian, tidak boleh mengamalkannya. Well, cadangan hanyalah cadangan. Tak cukup untuk menarik minat aku. Namun, pemikiran itu berubah setelah aku baru sedar yang penilai ini mempunyai kelebihan mengetahui pasaran hartanah semasa. Jadi, dalam urusan membeli rumah nanti, kalau penjual nak kenakan mark up price yang tinggi, aku boleh bidas memandangkan harga pasaran rumah yang ingin dibeli takdelah tinggi mana.

Untuk Property Management, aku kurang bersemangat memandangkan in nature, aku seorang yang kalut dan tidak bijak mengurus. Walaupun begitu, dalam praktikal nanti, aku mahu mencuba semuanya! Nama pun praktikal, terang-terang kita pelajar ingin belajar. Untuk itu, aku perlu atasi sifat menggelabah sebijak mungkin untuk unlock sense of achievements yang banyak!

Walaupun kita mengharapkan performance yang top notch, kesilapan itu kadangkala hadir bersama. Jangan risau untuk membuat kesilapan sebab kita lebih banyak belajar daripada kesilapan berbanding kejayaan. Papepun, doakan kami belajar bersungguh-sungguh untuk melahirkan batch pengurus hartanah yang menyumbang kepada pembangunan ummah! :)

Assalamualaikum.

1 comment: