Harapan Puan

  • 2
 
Assalamualaikum.

Dalam tempoh masa dua minggu ini, 01 Oktober 2012 hingga 17 Oktober 2012, aku akan menduduki peperiksaan. Lima subjek. Satu subjek sudah selesai, Land Economics. Alhamdulillah. The next paper untuk aku ialah Building Maintenance and Property Management.

Subjek ini dalam kedua-dua ujian dapat rendah dengan purata 30/50. Pertama kali dapat tahu tentang keputusan ujian pertama, I was like, 'Huh?'. Rendah sangat. Aku rasa point aku okay dah. But then, my lecturer beritahu kami yang beliau sangat strict dalam menanda paper test kami. Katanya,  

"Saya takmau kamu muntahkan balik apa yang saya ajar. Kalau boleh, kamu guna examples kamu sendiri, your life experiences lebih baik." 

Aku dalam bilik kuliah mengangguk setuju dengan tindakannya. Puan memang orangnya begitu. Walaupun nampak tegas, kami semua tahu itu cara beliau untuk mengangkat standard kami bagi memberikan hasil yang terbaik. Beliau mahukan anak didiknya tidak terlalu terikat dengan nota dan buku-buku. Nama pun mahasiswa, golongan yang mampu berfikir kreatif dan kritis sepatutnya menjadi orang yang hidup, berani menyuarakan pendapat dan menerima teguran tak kira di medan peperiksaan mahupun di luar sana.
 [Ternganga tengok nota]

Jadi, untuk living up to expectation beliau, kali ini aku lebihkan pembacaan artikel-artikel dan kisah-kisah in real life untuk memperluaskan pemahaman dan penjelasan aku tentang sesuatu topik. Lepas tu, barulah boleh terangkan pada orang lain dengan contoh-contoh yang pelbagai!

Selain itu, aku baru perasan yang jawapan kita dalam peperiksaan boleh mendorong kepada pahala yang berterusan. Bila kita sediakan jawapan yang padat dengan real-life examples, kita secara tidak langsung bantu tenaga mereka yang menanda kertas dengan case studies yang baru.Seterusnya, mereka boleh menyampaikannya kepada anak-anak didik mereka yang lain dan begitulah seterusnya. Sekiranya contoh-contoh tersebut memberi manfaat kepada mereka, kita akan dapat pahala kerana membuka jalan kebaikan untuk mereka, insyaAllah. Mudah bukan?

Kita belajar sungguh-sungguhTulis jawapan padat dengan fakta → Pensyarah puas hati sebab dapat belajar contoh-contoh baru Mereka sampaikan kepada orang lain Orang lain mendapat manfaat dan sebarkan kepada orang lain untuk dikongsikan manfaatnya. Fuh! Motivated untuk study hard and smart :)

Bagi mereka yang risaukan carry marks rendah untuk dibawa ke peperiksaan, usah risau. Bersyukur dengan apa yang ada tetapi jangan terlalu selesa dengan keadaan diri yang sekarang. Sebagaimana Hlovate berkata, 

"You'll never reach perfection because there's always room for improvement. Yet get along the way to perfection, you'll learn to get better."

Berusaha dan berdoa pada Allah supaya diperkuatkan ingatan dan kelapangan hati untuk menimba ilmuNya dan bukan sahaja mendapat soalan mudah :P Relax, belajar sungguh-sungguh dan berikan yang terbaik. 

Kalau kita benar-benar tidak sambil lewa dalam membuat persiapan dan tidak berjaya mendapatkan keputusan yang baik, it's okay. Yang penting, kita sudah berhempas-pulas melakukan yang terbaik. Sekurang-kurangnya, kita tidaklah kecewa sangat kerana memang bukan rezeki kita ketika itu. Yang terkilannya bagi mereka yang main-main time ulangkaji. 

Apa-apapun keputusannya nanti, bersyukurlah. Allah akan lipat gandakan nikmat yang sedia ada. Sisi indah kehidupan hanya dapat dilihat oleh mereka yang berfikiran positif.

Assalamualaikum. 

2 comments: