Hari Terakhir dalam 2012

  • 0
Assalamualaikum.

31 Disember ialah hari terakhir dalam setiap tahun mengikut kalendar Gregorian. Pada hari tersebut, ada baiknya kita mengamalkan tiga langkah-langkah ini sebelum memulakan kehidupan dalam tahun baru.

1. Muhasabah diri (Reflection)

Kita manusia. Kita tak sempurna tapi ruang kosong pada ketidaksempurnaan itu boleh kita isi dengan penambahbaikan.

Kita mesti semak semula diri samada perbuatan kita dari sehari ke sehari dalam 2012 ini membuatkan kita menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Kalau semakin baik, tahniah! Keep on doing it. Kalau semakin teruk dan banyak buat benda mengarut, usaha lagi! Selagi kita bernafas, pintu untuk berubah terbuka untuk kita! Sayangnya Pencipta kita pada kita, kasi can kat kita untuk buat yang terbaik.

Evaluate diri dari semua aspek, pengurusan diri, hubungan kita dengan Allah dan manusia ( ibu bapa, keluarga, guru-guru, kawan-kawan & masyarakat) dan pantau semula objektif 2012 kita yang kita tulis pada awal tahun. Tercapai atau tidak?


2. Menukar perspektif tentang peristiwa-peristiwa yang menyedihkan.

Siapa je suka benda buruk jadi pada diri? Tak best langsung tahu? Kita expect cuaca panas hingga ke panas, tapi hujan di tengah hari. Rasa macam hidup hilang arah buat seketika dalam perjalanan hidup ini. Boleh jadi kita dimalukan di depan orang ramai, gagal dalam memberikan yang terbaik dalam tugasan yang diberi, dikecewakan, ditinggalkan, kematian orang yang tersayang dan macam-macam lagi peristiwa yang buruk, yang pastinya lain orang lain pengalaman hidup dia.

Daripada terus bersedih, simpati pada diri, ada baiknya kita pandang peristiwa itu dari sudut lain. Selalulah ingat, Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia lebih tahu apa yang baik untuk kita.

Contohnya, kita idamkan superbike sebagai hadiah hari jadi tapi parents kita hadiahkan kereta kancil sahaja. Pfft, mana laju kereta tu. Tapi perlu diingat, boleh jadi andai kita dapat superbike ketika itu, kita akan bawak lelaju memanjang, hilang kawalan dan rempuh divider. Well, that's escalated quickly. Tapi fahamkan mesejnya?

Lagi satu, sekiranya ada pengalaman yang melibatkan hubungan dengan manusia, ingat saat-saat indah bersama mereka. Mereka juga jadi penyeri kehidupan kita waktu dulu. Jangan disebabkan satu perkara, kita benci dan lupakan segala kebaikan dia yang banyak sangat untuk kita. Jangan difokuskan sangat satu titik hitam pada satu permukaan putih yang luas ye? Kita rasa senang dengan dia sebab kita bahagia dan rasa bertuah berkawan dengannya. Dia kan penyebab kita senyum satu ketika dahulu kan?

Pokoknya, something happens for a reason. Walau teruk macam mana pun keadaan yang menimpa, yakin pada Allah bahawa Dia sedang membina kekuatan jiwa kita secara tidak langsung. Dia sedang mempersiapkan kita sebagai seorang yang berjiwa besar. Cool isn't? Kita ada perancang takdir yang sangat osem! *Cair*


3. Bersyukur

Bahagian ini ramai orang yang terlepas pandang iaitu berterima kasih di atas segala apa yang berlaku. Allah suka orang yang bersyukur. Sesiapa yang bersyukur dengan nikmat yang diberikan, Allah gandakan lagi nikmatnya. Makanan sedap, tidur sedap, boleh berjalan, boleh bergurau senda, pakaian lawa, semua keupayaan yang kita dapatlah senang cerita! Maklumlah bila benda dah selalu dapat, kita rasa biasa sahaja padahal kita selalu lupa yang perkara tersebut ialah nikmat kehidupan!

Lapangkan dada, tenangkan fikiran dan kiralah nikmat yang kita terima setiap hari. Boleh jamin takkan dapat kira punya. By that time, kita realize yang nikmat Allah mana yang kita dustakan? :')

Apa yang cuba disampaikan ialah kehidupan ini terlalu baik untuk disia-siakan. Kalau kita dah messed up tahun 2012, tak semestinya kita perlu buat perkara yang serupa pada tahun 2013 tau!

Yang penting, kalau kita tengok rutin kita tak menghasilkan apa-apa kebaikan, buat something new! Aku boleh lihat 2013 ini tahun yang terbaik up to date >.< Remember, reflection, change your perspective and be grateful!

Assalamualaikum.

P/S: Ditaip di Ancasa Port Dickson. Teringat kenangan manis pertama kali berada di sini :') Hehe.

No comments:

Post a Comment