Sambutan Tahun Baru 2013

  • 0
Assalamualaikum.
Selamat tahun baru semua! Semoga diri korang dalam keadaan terbaik. Sama-samalah kita menuju keredhaan Illahi. 

Semalam kat Taman Sri Gombak, ada sambutan tahun baru. Hafiz Hamidun, Aris Ariwatan dan Abby Abadi merupakan artis-artis yang memeriahkan acara tersebut. Anjuran sambutan bercirikan yang sangat baik tapi aku tak pergi. Bad decision.

Instead, aku pergi ke KLCC untuk rasa sendiri keadaan kemeriahan di sana. Bertolak pukul 8.30 malam dari rumah, aku singgah di Pandan Dalam untuk bertemu dengan rakan-rakan UiTM, Faris dan Daoh. Misleading guidance from GPS led me 1.4km away from their residence.

Dalam kira-kira pukul 10 malam, kami bertolak ke Kampung Bharu untuk pergi ke Pavi bersama-sama dengan kawan yang lain, Alan dan Botak. Disebabkan aku tak tau jalan ke sana tanpa melalui Dataran Merdeka yang disekat laluannya, kami tak tentu arah sampailah Alan menelefon untuk pergi Dulang, Jalan Raja Abdullah.

Well, that's an easy task. Selepas minum segelas Teh O Ais, kami berjalan kaki ke LRT Dang Wangi dan seterusnya ke KLCC. 11:58 malam, kami sampai di stesen. Berlari-lari, kami bergegas ke dataran KLCC.


Selepas tamatnya pertunjukan tersebut, keadaan menjadi sesak akibat semula orang nak pulang. Ketika itu, suasana jadi hingar bingar. People tak habis-habis tiup trumpet-like instrument. Bising.

Buat seketika, aku terfikir,

"Menyesal aku datang sini. Bunga api ni meletup sekejap je. Short lived entertainment je, pastu rasa kosong balik."

Tapi hati aku bertegas yang niat aku pada awalnya semata-mata nak jumpa kawan-kawan ni. Kami lawan arus dan sempat juga tengok seseorang kena tangkap dek bergaduh.

Setibanya di kolam KLCC, Alan jumpa saudaranya yang kehilangan pursenya. Kami escort dia hingga ke Bukit Bintang untuk berjumpa rakannya. Jauh. Sepanjang jalan di situ, aku lihat anak kecil menangis disebabkan kebisingan yang amat. What kind of parents bawa anak ke tempat macam ni? 

Sampah merata-rata. Lagi-lagi dengan spray party kat jalan raya. Dalam mood hype, ada orang yang spray sesiapa yang diorang suka. Kesian pedestrians yang kena sembur unprepared. Ada satu masa tu kitorang perhati je seorang Arab rasanya spray kat orang. Sabar jelah. Kami ambil keputusan untuk jarakkan diri daripada dia bermula dari Pavi sampailah KLCC.

Sempat juga aku lihat orang kena terajang kat mata. Dua kumpulan ini bergaduh. Selamatlah bouncers yang tenangkan keadaan. Kumpulan yang dihalau oleh bouncers tersebut sumpah seranah baik punya. People were watching them.

Dalam perjalanan kami ke KLCC semula, ada seorang perempuan minta izin untuk ikut kami ke sana. Sekadar teman. Takut orang kacau dia. Well, kami biar je dia tag along. Bila kami tiba di perkarangan KLCC, budak perempuan tu dapat call dari pakwenya yang dia sudah berada di Ampang Park. Pergh, jauh! Apa punya laki tak bertanggungjawab. Harapnya si perempuan itu dapat lelaki yang lebih baik. Kami berpisah selepas dia bersetuju untuk mencari laluan pulang bersendirian.

Memandangkan LRT dah tutup, kami berjalan kaki sampailah ke Dulang semula. Selamat diorang ni ada, kalau tak, rasa lenguhnya. Hehe.

Apa yang aku belajar daripada pengalaman ini adalah ada perkara yang kita perlu abaikan seperti kepuasan sementara apabila kita mempunyai pilihan untuk rasa kepuasan berpanjangan. Lagi satu, janganlah perjudikan diri anda untuk mencuba perkara baru.  Aku harap pemimpin negara fikirkan cara untuk menangani sambutan tahun baru ini dengan baik sebab sambutnya sekejap tetapi sampah-sarap dan gejala sosial yang hadir selepas itu kekal lama di tempat sambutan diadakan.

Aku jumpa video di YouTube. Macam ni lah keadannya malam tu. Korang boleh judge sendiri huru haranya post celebration malam tu.


Assalamualaikum.

P/S: Berjalan semalam banyak keluar duit. Disebabkan itu, aku pertimbangkan niat untuk pergi ke Perak minggu ini dan daftarkan diri untuk seminar Thriller Workshop Hartanah di Puchong (tiket percuma) 5 Januari ini.

No comments:

Post a Comment