Hormat

  • 2
Assalamualaikum.

Hari ini seperti hari-hari berpraktikal sebelumnya, aku pergi inspection. Jiwa baru, semangat baru selepas hantar assignment di Perak. Heh.

Diajak Valuer Executive ke Bandar Kinrara, aku ikut tanpa banyak ngomel. Sesudah inspect rumah teres dua tingkat, akak Valuer bersalaman dengan tuan rumah tersebut, seorang aunty Cina, menandakan kami akan beredar.

Kemudian, tuan rumah itu hulurkan tangannya padaku. Jujur, aku tersentak. Aku terpana.

Tangan sudah berhulur sambil dia tersenyum macam ni, ':)'

Ketika itu, aku dekapkan tangan kananku pada dada, tunduk sedikit kepadanya. Kubalas senyumannya semula.

Riak wajah Aunty kulihat kosong, tiada reaksi. Aku mengetap gigi, menebal muka terpaksa menolak pelawaan bersalaman. 

Aunty angguk faham. Dia senyum semula.

Sepanjang hari ini, pengalaman itu membekas di hati. I've done it for the first time. Alhamdulillah :')

Assalamualaikum.   

Video kawan Matluftfi, Syafiq Afifi ketika mengambil trofi di Shout Award. Aku kagum dengan kesopannya menolak baik salaman Siti Saleha. Well, we can practice it if we want to! Hehe.


2 comments:

  1. terbaik!!! truskan usaha.amalkan kbaikan

    ReplyDelete
  2. Salam kenal valuer in the making. Selalu jugak hadapi situasi macam ni ketika inspection dan juga ketika client datang jumpa di opis. Macam tu jugak la akak buat.. Bukan tak sudi.. Tapi i tak banyak pahala nak cover dosa..hehe..

    ReplyDelete