Berapa Harga?

  • 0
Assalamualaikum. 

Aku singgah di Shell MRR2 untuk membeli bateri, menggantikan bateri Energizer valuer yang dah kong. 

Aku hampiri kaunter dan bertanya kepada cashier,

"Kak, nak bateri Evolta tu."

"Nak double ke triple A?"

"Err, jap eh."

Dammit. Aku lupa benar saiz bateri kat kamera. Aku pergi mendapatkan kamera valuer di kereta. Aku pulang semula ke kaunter dan tunjuk saiz bateri yang kumahukan. Tiba-tiba, datang seorang budak lelaki mencelah, menanyakan soalan kepada cik cashier tersebut,

"How much is this?" sambil menunjukkan keropok.

"You.. See at the back. Back."

Aku pandang muka budak tersebut. Dia kelihatan bingung. Aku pula teruskan urusniaga aku dan sebelum blah, aku bisik kepada cashier, 

"You can check the price at the back."

Aku melangkah pergi sambil mendengar cashier itu mengulangi semula kata-kata yang telah dibisikkan kepada budak itu.

Otot pipi ditarik ke atas tidak semena-semena. Senyum :)
 Evolta tahan lama siot!

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment