Secara Tak Langsung

  • 1
Assalamualaikum.

Setiap Rabu Jumaat Sabtu, aku akan main futsal dengan kawan-kawan. Rutin ni dah berterusan sejak aku tingkatan 2 lagi. Selalunya main area Wangsa Maju dan Genting Klang je lah. Tapi malam ini, aku main berdekatan dengan Sunway Quay. Main dengan kawan-kawan Ayah dari zaman UiTM.

Mula-mula datang, tengok gelanggang, padang rumput sintetik! Lama beb aku tak main atas rumput ni. Bertahun agaknya. Permukaan jadi licin dan kurang cengkaman pada tapak kasut time berfutsal.

Entah berapa kali aku terlepas peluang menjaringkan gol disebabkan lambat respon dalam sesuatu perlawanan dan sepak melalut. Sampaikan kawan Ayah, Rosly tegur,

"Kita ada kawan ke kat luar tu?"

Mulanya, aku anggap dia cuba nasihat aku untuk tidak sepak merata-rata. Aku jawab,

"Tak. Sori >.<"

Beberapa minit kemudian, dia ulang ayat yang sama.

"Kita ada kawan ke kat sana?" sambil tunding jari kepada substitutes kami.

Aku ambil masa hadam mesejnya. Aku amati rentak nafasku yang tercungap-cungap keletihan. Kemudian, kebenaran pada sebalik kata-kata pakcik hadir dalam pemahaman.

Aku menghadap pintu keluar gelanggang dan jerit,

"Weh, ganti aku cepat! Tukar!"

Rupanya, dia mahu aku tukar pemain. Aku akur.

* * * * *

P/S: Main lima orang satu team, aku belajar formasi 2 atas 2 bawah. Memang banyak skor beb untuk team yang tak reti positioning :P

1 comment: