Tak Kurang Tak Melebih-lebih

  • 0
Assalamualaikum.

Hidup ini indahnya kalau bersederhana. Tak lebih tak kurang. Boleh jadi mudarat kepada diri kalau kita buat sesuatu tidak kena pada keadaannya.

1. Makan: Lebih, mengundang sifat malas dan mengah. Kurang, kurang nutrisi yang diperlukan badan. Sederhana, tenaga yang diperlukan berada dalam keadaan optimum.

2. Bersukan: Lebih, cedera otot. Kurang, ternah lemak. Sederhana, kesihatan terpelihara.

3. Online: Lebih, tanggungjawab duniawi ukhrawi terabai. Kurang, kurang pendedahan dengan maklumat semasa. Sederhana, informasi terkini boleh diperolehi.

Itu baru sentuh sedikit. Aku yakin kita boleh fikirkan perkara-perkara lain dan setakat mana yang dikatakan sederhana itu bukan? 

Formula senangnya, apa-apa yang dibuat sampai mengganggu proses kehidupan kita itu bukannya bersederhana. Walaupun begitu, perlu diingat dalam melakukan kebaikan tiada batasnya dan kapasiti hambaNya untuk melakukan laranganNya tidak pernah wujud sama sekali.

No comments:

Post a Comment