Mencari Tajuk Tesis di Perpustakaan

  • 0
Assalamualaikum.

Aku sekarang berada di UiTM Shah Alam atas urusan persediaan untuk program yang akan datang. Bila berseorangan di asrama, rasa keseorangan itu menebal membuatkan aku cukup bosan. 

Maklumlah orang yang menginap di kolej sekarang pun ialah sukarelawan SUKIPT. Semuanya sibuk dengan hal masing-masing. 

Jadi, aku mengambil keputusan untuk memecah kebuntuan berada di kolej dengan mencari tajuk tesis yang sesuai bagi dibentangkan kepada penasihat semester hadapan. 

Aku terfikir tentang perpustakaan UiTM yang pastinya sedang lengang tidak dipenuhi orang kecuali ketika waktu peperiksaan menjelang. Di situ, aku boleh mencari tesis-tesis rujukan yang dibuat oleh pelajar tahun-tahun sebelum ini di bilik IT.

Dengan azam menebal di hati, aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR). 

Damn, I need to work on my stamina. Semput dibuatnya naik bukit. 

Sesudah sampai di bilik IT yang satu aras dengan pintu masuk perpustakaan, aku mendapatkan PC yang khusus untuk pencarian tesis.

[Gambar old skool mouse - designnya menyusahkan pengguna kerana tidak boleh scroll ke bawah. RAGEEEE!]

Di situlah aku bertemu dengan seorang kakak yang kelihatan asyik menyalin ayat-ayat di komputernya.

Beberapa ketika aku duduk di kerusi, dia menyapa aku dan kami berbual. Barangkali dia melihat aku berpeluh-peluh ketika masuk di makmal komputer dan berniat untuk membuatkan aku selesa di depan komputer.

Sembang punya sembang, dia ada beri cadangan tentang tajuk tesis yang menarik; mengenai pelan tempatan DBKL.

Interesting. I will never think about it if I have never met her in the first place.

Dari pukul 11.30 pagi sehingga 2 petang, masa yang digunakan dalam pencarian tajuk tesis adalah dengan berbual.

Walaupun aktiviti tersebut kelihatan menyimpang daripada tujuan asal aku hadir ke perpustakaan, aku anggap ia adalah ketentuan Allah semata-mata untuk membantu aku mendapatkan tajuk tesis. It's good to have a companion to chat with. 

Alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan satu tajuk. InsyaAllah malam ini aku akan mengusahakan pencarian jurnal-jurnal yang berkaitan dengannya selain mencari tajuk alternatif yang bersesuaian dengan diri ini.

Doakan aku semua.

No comments:

Post a Comment