Naik Turun Semangat Apabila Berseorangan

  • 0
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, cuti semester ini aku nikmati seadanya. Bebas tanpa kuliah dan assignments. Bukan bermakna aku tak benci kepada perkara tersebut tetapi aku berasa agak santai untuk menjalankan persediaan bagi program nasyid yang diamanahkan kepada aku untuk mengepalainya.

Tipulah kalau tak rasa cuak. Program ini program pertama yang aku kendalikan. Besar pula. Memerlukan banyak tajaan bagi memastikan kelangsungan program lancar.

Setakat ini, progressnya sangat slow. Permohonan kena reject. Perlu buat semula. 

Hari ini, 3/2/2014. By esok, 4/4, tinggal lagi 2 bulan tepat untuk aku uruskan kesemuanya. 

Pendaftaran lagi, tajaan lagi, penempahan tempat lagi. Ah, pedulikan semua tu! Apa yang penting ialah aku buat sesuatu.

Biarpun aku bergerak secara solo sekarang dek kesemua ahli jawatankuasa aku hanya available lagi 2 minggu, aku gunakan masa ini sepenuhnya untuk settlekan everything.

By minggu depan, aku wajibkan diri aku untuk hantar surat permohonan kepada semua universiti bagi menghantar wakil kumpulan nasyid mereka.

Selepas 2 minggu ini, aku akan menjalani kursus pemantapan organisasi di Pantai Morib. 13-15 Febuari 2014.

Yang cantiknya, 14 haribulan, keluar result peperiksaan. Allahuakbar. Haru betul.

Takpelah, aku dah nekad untuk buat apa yang perlu buat masa sekarang. Aku pasti fast action, fast result ialah kata-kata yang terbaik untuk lift up my spirit.

Doakan aku ya, wahai pembaca supaya program aku berjalan lebih baik berbanding tahun 2012 punya. 

Salam.

No comments:

Post a Comment