Anyone Can Be A Superhero

  • 0
Assalamualaikum.

Superhero atau dalam bahasa Melayunya dipanggil adiwira secara mudahnya ialah penyelamat yang membantu orang lain dalam kesusahan dengan menggunakan keupayaan dirinya sendiri.

Kalau nak disebutkan di sini beberapa contoh nama superheroes, rata-rata semua pembaca tahu untuk memetik salah seorang daripada mereka bukan?

Superman, Batman, Hulk, Kluangman, Tiongman, Krrish dan macam-macam lagi.

Tapi dalam dunia ini, wujudkah golongan-golongan yang digelar superheroes ini? Aku pun tiada jawapan untuk persoalan tersebut. 

Mungkin ada. Barangkali mereka tidaklah memakai kostum berwarna-warni dan spandex yang ketat. Cukup mengenakan pakaian seperti orang biasa-biasa sahaja. 

Bagi aku, cukup tengok sami-sami Shaolin yang mengimbangkan diri mereka di atas lembing dan memecahkan batu-bata dengan kepala mereka. Itu pun sudah cukup super! Itu ukuran  kekuatan fizikal manusia.

Bagaimana dengan orang yang mempunyai kekuatan dalaman?

Menurut pandangan aku, cukuplah diukur betapa kuatnya kegigihan seseorang memelihara dirinya daripada melakukan kemungkaran dan kekal melaksanakan perintah Allah. 

Self-control. Everyone can do it yet it requires super determination to acquire it. 

Ibarat seseorang yang ada kuasa di tangannya tetapi tidak digunakan untuk membalas perbuatan jahat ke atasnya bilamana dia boleh melakukannya anytime sahaja. 

Seperti yang dilakukan oleh Rasulullah ketika baginda dibaling batu selepas mengajak bani Thaif untuk memeluk agama Islam. Jibril si malaikat sudah offer untuk lingkupkan gunung ke atas kaum tersebut, namun Rasulullah menolak baik permintaan tersebut malah mendoakan yang baik kepada mereka. Talk about super self-control. 

Tengok! Kita pun boleh jadi superhero kalau kita mahu. Nak taknak je. 

Jadi, apa tunggu lagi? Let us be a hero! We should be the lead character dalam hidup kita. Takkan nak jadi sidekick je kot? 

Mulakan usaha selangkah demi selangkah. Tak perlu gopoh nak jadi superheroes terus. Bruce Wayne pun tak jadi Batman dalam masa sehari tahu? Dia kumpul duit dulu untuk banteras jenayah di kota metropolitan Gotham. When the time comes, we will find out that we have become heroes ourselves.

Biarpun kecil bantuan dihulukan, asalkan amal baik sudah dilaksanakan. InsyaAllah pahala baik menanti semua. Amin.

No comments:

Post a Comment