Solat Itu Mencegah Dari Perbuatan Yang Keji Dan Mungkar

  • 0
Assalamualaikum.

Solat itu tiang agama. Allah memerintahkan kita untuk solat untuk kebaikan diri hambaNya juga.

KemuliaanNya tidak bertambah dan berkurang samada kita beribadat kepadaNya ataupun tidak. Dia menyediakan laluan untuk kita menolong diri kita.

Manusia itu perlukan tempat pergantungan dan Dialah sebaik-sebaik pergantungan. 


Dalam surah al-Ankabut ayat ke-45, ada disebutkan solat itu juga mencegah seseorang dari perbuatan yang keji dan mungkar.

Impressive! Dah kira macam pencegah awal kemungkaran lagi tetapi bagaimana pula dengan mereka yang solat, tapi masih lagi melakukan dosa? 

Tidak mustahil bagi perkara tersebut untuk berlaku namun Rasulullah ada bersabda yang menyatakan bahawa apa yang dibaca (solat) itu akan mencegahnya.

Rumusannya di sini, laksanakanlah solat dan kekal khusyuk dalam solat untuk mengamati dan memahami bacaannya. InsyaAllah bisikan-bisikan jahat bergelumang untuk melakukan perkara mungkar akan digantikan dengan ajakan suara hati untuk insaf dan melakukan kebaikan.

No comments:

Post a Comment