Dekan

  • 0
Assalamualaikum.

Keputusan peperiksaan sudah keluar 14 Ogos 2014 lepas. Jadi, topik ini masih lagi panas untuk dibualkan antara kami kawan-kawan.

Aziz: Weh, kau dekan lagi ke?

B: Tak dah.

Aziz: Kenapa tak dekan?

B: Sebab takde rezeki?

Aziz: Haha. Bagus jawapan tu. 

Perbualan yang ringkas tapi buatkan aku terfikir sejenak. Dua semester berturut-turut aku dapat jawapan yang sama dari orang yang berbeza.

Kita usaha dan Allah uruskan natijahnya. Kalau keputusan tak baik, makanya banyak kesilapan teknik dalam mendapatkan markah yang menyumbang kepada terbentuknya keputusan tersebut.

Pengurusan masa, hubungan antara pelajar dengan Allah dan makhlukNya dan input yang diterima. Perkara-perkara ini wajib dijaga dalam menuntut ilmu. 

Ada juga kita dah membuat persediaan secukupnya tapi keputusan masih lagi tak memuaskan. Kantoi semasa peperiksaan, kepala blank tiba-tiba bila nak menjawab. Biasalah tu. Keadaan tak mengizinkan - bilik peperiksaan sejuk, sakit dan kepala serabut sebab memikirkan masalah-masalah lain yang tidak berkaitan dengan akademik.

Takpelah, benda dah lepas tu lepaslah. Keep moving forward. Kalau keputusan semester ini tidak memuaskan, buat post mortem dan cari punca dan selesaikannya. Kalau malas, rajin-rajinkanlah diri. Kalau gaduh dengan pensyarah, berbaiklah. Kalau lembab kira-kira, rajin-rajinkanlah buat latihan - MY FIRSTWORLDPROBLEM

Apa yang lebih utama bagi pelajar untuk difikirkan selepas memiliki keputusan peperiksaan ialah kesan ilmu-ilmu yang diperolehi sepanjang semester pembelajaran kepada diri.

Menjadikan seseorang itu lebih baik daripada sebelumnya ATAU sebaliknya?

Renung-renungkan semua.

No comments:

Post a Comment